Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang sebelum ini disahkan positif virus korona (nCoV-2019) dilaporkan sudah sembuh sepenuhnya dari jangkitan berkenaan, lapor New Straits Times pada 4 Februari.

Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa kanak-kanak yang merupakan salah seorang daripada pesakit virus korona terawal yang dikesan di Malaysia itu telah dibenarkan pulang setelah dirawat mula 29 Januari di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

“Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan nCoV-2019 boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China.

“Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.

“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang,” memetik kata Dr Noor Hisyam dalam satu kenyataan.

Dr Noor Hisyam juga menjelaskan bahawa sepanjang kanak-kanak terbabit dikesan positif virus korona, sebanyak dua sampel klinikal telah diambil secara berturut-turut sebelum akhirnya mendapati bahawa kanak-kanak terbabit negatif virus berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular