Bagi mereka yang berada di barisan hadapan ketika berhadapan wabak yang membawa maut pasti memahami betapa sukarnya tugas itu dengan persediaan mental dan fizikal tambahan virus yang menjangkiti belum ada penawar yang pasti.

Wabak koronavirus yang melanda Wuhan, Hubei dan seluruh China kini telah mencatat lebih 360 kematian sejak hari pertama kes direkodkan secara rasmi dengan lebih 17,600 pesakit yang telah dijangkiti.

Wabak koronavirus telah menular ke beberapa buah negara di luar China termasuk di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 170 kes.

@DrMatikhan/Twitter

Apabila wabak melanda pada satu tahap yang begitu genting dan serius, pasukan perubatan iaitu para doktor, jururawat dan paramedik memainkan peranan penting ketika menangani situasi kritikal.

Dan sudah semestinya ketika seluruh bandar dan wilayah dilanda wabak, semua hospital akan sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga walaupun kakitangan terlatih menangani wabak tidaklah mencukupi.

Perkongsian seorang pengguna Twitter dan juga seorang doktor perubatan @DrMatikhan yang telah memuat naik beberapa gambar kakitangan perubatan di sebuah hospital di Wuhan terbaring keletihan dan tidur seketika selepas berusaha merawat ratusan pesakit koronavirus, amat memilukan hati dan mendapat penghargaannya.

@DrMatikhan/Twitter

Kapsyen Dr. Mati di Twitter, “Ini adalah Wuhan di China dan mereka adalah para doktor, kakitangan paramedik dan jururawat yang sedang merawat pesakit koronavirus. Ini adalah kehidupan dan nyawa mereka ketika berhadapan risiko tetapi terus berusaha merawat pesakit dengan wabak koronavirus yang membawa maut. Kita harus menghargai pengorbanan mereka.”

Mereka begitu letih kerana bertugas sehari suntuk tanpa henti dan berada di hospital tanpa peluang pulang ke rumah kerana turut dikuarantin bersama para pesakit serta turut berdepan risiko dijangkiti virus.

Oleh kerana terlalu letih, kakitangan perubatan ini terpaksa tidur sebentar di atas kerusi dan ada pula yang terbaring di atas lantai.

@DrMatikhan/Twitter

Dalam masa kakitangan perubatan di Wuhan dan Hubei gigih berusaha merawat pesakit koronavirus, beberapa doktor dan jururawat turut dijangkiti wabak dan ada yang telah meninggal dunia.

Dunia turut bersimpati ketika wabak koronavirus melanda China dengan jumlah kes kematian dan jangkitan yang terus meningkat setiap hari. Semoga wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) menemui penawarnya kelak.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular