YOKOHAMA – Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato menjelaskan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang penumpang yang menaiki sebuah kapal pesiar telah dikuarantin setelah diuji positif dengan koronavirus.Kapal pesiar berkenaan, Diamond Princess difahamkan membawa lebih daripada 3,700 orang penumpang termasuklah anak kapal, telah ditahan dan dikuarantin di pesisir pantai Yokohama sejak 3 Februari lalu.

KAZUHIRO NOGI/AFP via Getty Images

Langkah berkenaan diambil berikutan dengan salah seorang penumpang berusia 80 tahun yang berasal dari Hong Kong disahkan dijangkiti dengan pneumonia dari Wuhan.

STR/JIJI PRESS/AFP via Getty Images

Menurut pegawai daripada Kementerian, sebanyak 273 sampel daripada penumpang telah diambil. Daripada 31 sampel yang telah dikutip setakat ini, 10 daripadanya adalah positif.

KAZUHIRO NOGI/AFP via Getty Images

Sumber daripada Kementerian berkata bahawa kesemua 10 orang terbabit kini sudah dibawa ke hospital di Kanagawa.

Dalam pada itu, kesemua penumpang kapal pesiar tersebut diarahkan untuk kekal berada di dalam kapal memandangkan ujian masih lagi dijalankan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular