Rangkaian lebuh raya terbesar di Malaysia, PLUS, baru-baru ini mengumumkan penurunan bayaran sebanyak 18 peratus di semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia seiring dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap keselesaan rakyat.

Hasrat penurunan bayaran tol yang turut diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 23 Januari 2020 yang lalu dipercayai memberi penjimatan kepada anggaran 1.7 juta pengguna lebuh raya PLUS setiap hari.

Sebagai makluman, penurunan bayaran tol ini adalah berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam pada 1 Februari 2020 (Sabtu) di semua lebuh raya PLUS iaitu Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP).

Menurut kenyataan rasmi dari laman web PLUS Malaysia, penurunan bayaran tol ini dilaksanakan bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1), Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5) dan kekal sehingga tamat konsesi pada tahun 2058.

Manakala, bayaran tol bagi lori Kelas 2 & 3 akan kekal pada kadar sedia ada dan tidak akan dinaikkan sehingga tamat konsesi (rujuk rajah di bawah).

Plus.com

Plus.com

Plus.com

Plus.com

Bagi pelanggan yang menggunakan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pula, PLUS turut berbesar hati memberi penurunan 18 peratus yang sama sebagai tambahan kepada diskaun waktu luar puncak yang sedia ada bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1) serta Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5).

Plus.com

Disamping itu, bagi pelanggan dengan Kenderaan Penumpang serta Teksi (Kelas 2) dan Bas (Kelas 3, 4 dan 5) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang turut akan menerima penurunan bayaran tol sebanyak 18 peratus.

Bagi kenderaan Kelas 2 dan mereka yang bekerja di Pulau Pinang yang telah berdaftar dengan PLUS pula akan menikmati penurunan 18 peratus tersebut sebagai tambahan kepada diskaun 20 peratus yang sedia ada.

Plus.com

Berikutan pengumuman penurunan bayaran ini, PLUS berhasrat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik pada setiap masa kepada semua pengguna lebuh raya PLUS di Malaysia.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular