Trend bagi remaja pada masa ini lazimnya adalah lebih jelas dan tidak ‘bertapis’ seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada dahulu-kala.

Kini, remaja lebih gemar menyuarakan pendapat mereka melalui medium yang mudah dicapai, misalnya melalui internet. Dengan hanya satu klik sahaja, pandangan seseorang sudah boleh diutarakan kepada orang ramai dan seterusnya boleh menjadi tular dalam masa yang sangat singkat.

@bebudak.kadbod/Instagram

Baru-baru ini, sekumpulan remaja menjadi tular di media sosial kerana mereka menghasilkan papan penyata yang ditulis dengan pendapat mereka mengenai sesuatu isu yang jarang diketengahkan oleh orang ramai.

 

Dan ternyata, kerana keberanian mereka, orang ramai mula tertarik untuk berkongsi kiriman daripada laman Instagram rasmi mereka, @bebudak.kadbod sehingga mereka mendapat lebih dari 20,800 pengikut (sehingga enteri ini dihasilkan) walaupun kumpulan ini baru berkongsi sebanyak 15 keping gambar sahaja.

Wah, hebat!

Remaja-remaja yang kreatif ini banyak mengutarakan tentang isu-isu yang jarang disebut, yang mana hanya perlu difahami menerusi pertimbangan dan budi bicara masing-masing. Isu-isu ini lazimnya tidak perlu diajar, tetapi begitu penting untuk dilakukan bagi memastikan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.

 

View this post on Instagram

 

Dah mabuk tu oder la grab. Beli arak ada duit pulak. Pastu dah langgar susahkan orang. #notracism #bebudakkadbod

A post shared by Bebudakkadbod (@bebudak.kadbod) on

Disamping memberi mesej ringkas yang ditulis di atas sekeping kadbod sebagai papan penyata, remaja-remaja ini turut memberi nasihat-nasihat yang bermanfaat kepada orang ramai menerusi keterangan gambar yang dimuat naik. Cara penulisan yang digunakan pula begitu dekat di hati remaja masa kini bagi memastikan mesej yang sebenar dapat diterima oleh pembaca.

Setidak-tidaknya, mereka turut mengambil peluang yang ada untuk memberi ilmu dan pengajaran kepada orang ramai. Tahniah diucapkan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular