BEIJING – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan virus korona yang telah mengakibatkan ratusan kematian sebagai peristiwa darurat kesihatan awam global. Pengisytiharaan ini dibuat setelah virus berkenaan didapati telah merebak ke 20 buah negara seluruh dunia.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, “Sebab utama pengisytiharan ini ialah bukan kerana apa yang berlaku di China tetapi kerana apa yang berlaku di negara lain. Kebimbangan utama kami ialah potensi virus itu untuk merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah”.

FABRICE COFFRINI/AFP via Getty Images

Berdasarkan data terkini WHO, sebahagian besar daripada 7,800 kes virus korona yang dikesan di seluruh dunia dipercayai mula merebak dari sebuah pasar hidupan liar haram yang beroperasi di bandar Wuhan. Sehingga kini, seramai 170 nyawa rakyat China telah terkorban akibat jangkitan wabak membawa maut itu.

ANTHONY WALLACE/AFP via Getty Images

Sementara itu di wilayah Hubei yang merupakan ibu negeri Wuhan, sekitar 60 juta penduduk tinggal dalam kuarantin sementara pihak kerajaan China menjalankan usaha-usaha pemulihan wabak berkenaan. Sehingga kini, laporan media menunjukkan terdapat lebih 100 kes penularan wabak korona di beberapa negara lain sekali gus menyebabkan berlakunya sekatan perjalanan, kewujudan sentimen anti-China dan juga peningkatan permintaan topeng penutup mulut.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular