- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Menyelerakan! Resipi kuih tepung gomak inti kacang merah hanya guna 4 bahan, sedap dimakan panas-panas

Malaysia sememangnya syurga makanan, lebih-lebih lagi sajian kuih muih. Sebut sahaja mengenai jenis kuih, sudah tentu ada yang kita terlupa dek kerana terlalu banyak pilihan. Ada yang digoreng, dikukus, dibalut dengan daun dan macam-macam lagi.

Pendek kata, tidak kira apa jenis kuih sekalipun, pasti setiap satunya memiliki keunikan daripada segi rasa dan bentuknya, selain bau yang tentunya menambat selera.

Setiap individu pasti mempunyai kuih kegemaran masing-masing, bukan? Justeru bagi anda yang meminati kuih tepung gomak berintikan kacang merah, apa kata anda cuba resipi yang bakal kami kongsikan ini.

Resipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mizah Ngatiman [1]. Mungkin ada yang pertama kali mendengar kuih ini, bukan? Ia sebenarnya banyak dijual terutamanya ketika bulan puasa.

Antara bahan yang diperlukan adalah :

Cara membuat :

1. Campurkan tepung dengan air dan adunkannya sedikit demi sedikit sehingga ia tidak lagi melekat pada tangan

2. Selepas itu, bahagikan doh kepada beberapa ketul

3. Kemudian leperkan doh tadi di atas tapak tangan sebelum meletakkan inti di tengah dan tutupkan inti berkenaan


4. Gentel doh tadi menjadi bentuk bulat dan leperkan ia semula

5. Kemudian masukkan doh ke dalam air yang telah dididihkan terlebih dahulu. Apabila sudah terapung, ia boleh diangkat dan telah pun masak

6. Setelah diangkat, rendamkan ia seketika di dalam air sejuk untuk menghentikan proses memasak

7. Kemudian ia boleh ditapis dan dilumurkan dengan tepung kacang hijau secukupnya. Sedia untuk dihidangkan!

Tambah Miza lagi, kuih tepung gomak yang sering dijual di pasar malam lazimnya berintikan kelapa dan jika anda inginkan kelainan dan teringin ubah selera, jom cuba buat kuih ini. Waktu inilah yang paling sesuai untuk ajar anak kita makan kuih tradisional, bukan?

loading...