WUHAN – Sebaik sahaja sembuh daripada jangkitan koronavirus, seorang jururawat kembali menjalankan tugas di salah sebuah hospital di bandar Wuhan pada Selasa lalu.

Menurut laporan China Central Television (CCTV), Guo Qin, 38, disahkan positif koronavirus pada awal Januari sewaktu ditugaskan menjaga pesakit yang dijangkiti virus baru itu di Hospital Zhongnan.

@ChinaDaily/Twitter

Selepas 20 hari menjalani rawatan dan dikenakan kuarantin, perkara pertama yang dikejar Guo Qin ialah untuk kembali bertugas di hospital.

Menurut jururawat yang bertugas di pusat kecemasan hospital berkenaan, beliau tidak memerlukan tempoh rehat yang lama.

@ChinaDaily/Twitter

“Saya dimaklumkan bahawa ketua jururawat telah bertugas selama 48 jam tanpa rehat dan berkerja lebih masa. Saya cukup risau apabila mendengar perkara itu dan saya mahu cepat sembuh dan kembali bertugas seawal mungkin,” kata  Guo Qin.

Tambahnya lagi, meskipun seramai 80 kakitangan perubatan telah ditugaskan pada saat kritikal, tiada di antara mereka yang ingin mengambil cuti rehat.

@ChinaDaily/Twitter

Jelas Guo Qin, “Semua orang termasuk ketua jururawat meminta saya untuk berehat. Tetapi kami mempunyai semangat tertinggi dengan pekerjaan kami, terutama sekali pada waktu begini yang mana khidmat semua jururawat sangatlah diperlukan.”

“Kami tidak terfikir pun untuk mengambil masa rehat,” tambahnya.

Sehingga kini, jangkitan koronavirus dilaporkan telah mengorbankan 170 nyawa dan lebih daripada 6,000 kes dipercayai positif jangkitan tersebut.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular