Memiliki haiwan peliharaan yang manja, mendengar kata, comel, gemar dibelai, sentiasa ingin mendampingi kita dan suka bermain bersama merupakan satu impian yang manis. Namun, bukan semua orang bertuah untuk memiliki haiwan peliharaan sebegitu terutama sekali pemilik kucing.

Hal ini kerana kucing seringkali dianggap sebagai haiwan yang sombong dan sukar mendengar arahan. Tidak seperti anjing yang memiliki sifat pelindung dan setia, personaliti kucing adalah lebih kepada menjadikan manusia sebagai ‘hamba’ yang dahagakan kasih sayang daripada seekor haiwan.

Namun, bukan semua kucing bersikap sebegitu. Misalnya kucing peliharaan pengguna Twitter yang dikenali sebagai @Arashmuaz2 ini. @Arashmuaz2 mula menjadi perhatian netizen apabila dia memuat naik sebuah video berdurasi 25 saat memaparkan gelagat kucingnya yang sangat comel! Dalam video tersebut, @Arashmuaz2 dilihat bermain bersama kucingnya dengan mencampakkan alat mainan lalu membuatkan haiwan yang comel ini berlari untuk mendapatkannya. Setelah itu, kucing ini kembali semula mendekati @Arashmuaz2 sambil menggonggong mainannya itu.

Gelagat kucing ini yang seronok bermain ini membuatkan ramai yang terpana melihat kelincahan kucing itu. @Arashmuaz2 kemudiannya sekali lagi mencampakkan mainan tersebut ke sudut lain sebelum dikejar dengan segera oleh haiwan berkenaan. Dalam tempoh beberapa saat sahaja, kucing ini kembali menggonggong mainan tersebut dan menyerahkannya kepada @Arashmuaz2 sebelum ‘menghempaskan’ badannya ke lantai.

Memang comel betul. Geram pula dibuatnya melihat kemesraan dan keseronokan yang dilalui oleh kedua-dua ini.

Sejak dimuat naik pada 24 Januari lalu, tweet ini telah menular dengan hebat sehingga meraih lebih daripada 45,000 ulang kicau dan hampir 66,000 tanda suka! Malah, pengguna Twitter turut memberikan respon mereka mengenai video yang comel ini.

“Comelnya. Ibu awak kedengaran sangat kagum dengan bakat anaknya (kucing)”.

“Kenapa kucing aku macam panda nak bangun pun malas. Nak tukar boleh?”.

“Kenapa kucing saya tak macam ini. Sudahlah malas, lepas itu tak suka layan orang. Suka mengarah orang”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular