Satu gempa bumi yang kuat berukuran 7.7 magnitud dilaporkan telah melanda Laut Caribbean antara Jamaica dan Timur Cuba pada 27 Januari lalu, di mana kesan gempa turut menggegarkan Mexico, Florida dan juga Miami.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berkenaan melanda kira-kira 75 batu di Utara – Barat laut Lucea, Jamaica dan 140 kilometer dari Niquero, Cuba. Agensi itu menjelaskan bahawa gempa tersebut mempunyai kedalaman 10 kilometer (6 batu).
A M7.7 earthquake has occurred 125km NNW of Lucea, Jamaica https://t.co/G0WbobS0wF A link to the Did You Feel It Form can be found here: https://t.co/OfQkTR3zuC pic.twitter.com/A7vK0sYA4Z
— USGS (@USGS) January 28, 2020
Walau bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini. Gempa berkenaan turut dirasai di kawasan yang jauh seperti di Florida. “Ia dirasai di Boca Raton, Florida, di mana gegaran dirasai di aras 4 sebuah bangunan untuk 2-3 saat”, tulis seorang pengguna di Twitter.
“Gempa yang kuat, melanda antara Cuba, Jamaica dan Cayman. Ia agak kuat juga sehinggakan turut dirasai di Miami. Orang ramai di dalam bangunan segera dipindahkan” tulis seorang lagi pengguna di laman media sosial.
the ocean in the middle of the road, this video is the aftermath of an #earthquake and it’s showing our oceans reclaiming land pic.twitter.com/I2a5vCs9RA
— earth (@earthspeaks_) January 30, 2020
BREAKING: Video from Grand Cayman in the Cayman Islands shows multiple sinkholes opening up after a massive 7.7 magnitude earthquake stuck the Carribbean sea.#earthquake
pic.twitter.com/8YOJ2XDWIq— Global News Network (@GlobalNews77) January 28, 2020
Jabatan Polis Miami berkata, mereka bersama-sama membantu Jabatan Bomba Miami berikutan terdapat laporan gegaran di kawasan Brickell dan Downtown. Buat masa ini, tiada penutupan jalan dilakukan.
Anggota penyelamat Miami menjelaskan bahawa mereka bertindak balas terhadap laporan gegaran yang dirasakan pada struktur tinggi. “Saya tidak ingat sepanjang hidup saya bahawa terdapat laporan gempa yang dirasakan di Bandar Miami”, kata Datuk Bandar, Francis Suarez.
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, tiada ancaman tsunami bagi kawasan Teluk Mexico mahupun Amerika Timur susulan daripada gempa bumi dengan magnitude 7.7 yang berlaku pada jam 2.10 petang di Caribbean berhampiran Cuba dan Jamaica berkenaan.
Water plant storage tanks on Grand Cayman #earthquake pic.twitter.com/oLWF4xtGQj
— Eric Hertha (@hospbusnews) January 28, 2020
Selain itu, risiko tsunami untuk melanda di Kepulauan Cayman juga adalah sangat rendah dan tiada kemungkinan bahawa ia akan terjejas ekoran tsunami. Laporan daripada Pusat Amaran Tsunami menunjukkan bahawa gelombang pertama akan melepasi Kepulauan Cayman.
Namun kenyataan agensi kerajaan Kepulauan Cayman menjelaskan bahawa ancaman utama kini adalah kemungkinan berlakunya gempa susulan. Di Kepulauan Cayman, jalan raya dilaporkan retak manakala paip pembetungan pula pecah.
Sementara itu di Cuba, seorang penduduk menceritakan tentang keadaan kerusi yang diduduki mereka sedikit bergerak. “Kami dapat dengar bunyi barang-barang bergerak. Gegaran itu agak kuat namun tiada apa yang berlaku”.
Pool in Jamaica ?? as a 7.7 Magnitude earthquake rocked the island #Earthquake pic.twitter.com/kdWSpqDBXd
— kharla (@sxeishorty) January 28, 2020
Pada tahun 2010, gempa berkekuatan 7.0 magnitud berskala besar melanda negara Haiti dan mengorbankan ratusan ribu nyawa, selain menyebabkan kerosakan yang besar kepada ibu kota, Port-au-Prince.
Pada awal bulan ini, gempa bumi besar telah melanda Puerto Rico, menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda yang serius.
Maybe you're interested :