Tidak dapat kita nafikan lagi bahawa kucing sememangnya merupakan salah satu haiwan yang pintar. Selain daripada anjing, kucing juga berupaya mengekspresikan pelbagai emosi selain turut memahami emosi manusia.

Hal ini kerana, struktur dan lipatan otak mereka adalah 90% sama seperti otak manusia. Ringkasnya, korteks serebrum (bahagian yang mengawal pemikiran dan pembuat keputusan rasional) pada otak manusia terdapat 21-26 bilion neuron ataupun sel saraf.

Kucing pula memiliki 300 juta neuron. Sama seperti manusia, kucing juga mempelajari sesuatu melalui pemerhatian dan tindakan, di mana proses ini melibatkan memori dan kucing terbukti cemerlang dengan memori.

Misalnya membuka pintu, membuang air besar di tandas ataupun mempelajari bahasa isyarat seperti kucing ini! Menerusi satu video yang dimuat naik oleh akaun Animal Valley, seekor kucing difahamkan ‘berinteraksi’ dengan lelaki yang kehilangan pendengaran.

Video berdurasi 37 saat tersebut menunjukkan seorang lelaki yang sedang makan manakala seekor kucing pula terdapat di atas kerusi sebelahnya. Oleh kerana lelaki itu mengalami kehilangan pendengaran, kucing tersebut menunjukkan bahasa isyarat seperti meminta makan.

Kucing itu nampaknya mahu juga makan apa yang dimakan oleh lelaki itu rupanya. Mengejutkan apabila gaya bahasa isyarat yang dilakukan oleh kucing pintar itu tidak ubah seperti manusia, bukan?

Habis sahaja makanan yang disuap lelaki itu, kucing tersebut sekali lagi melakukan isyarat tangan untuk meminta makanan itu lagi. Pandai sungguh! Video tersebut sehingga kini menerima lebih 23,000 reaksi daripada pengguna.

“Sangat comel.. haiwan dapat memahami manusia tetapi kita gagal memahami mereka”, komen seorang pengguna.

Animal Valley/Facebook

Seorang pengguna lain turut berasa tersentuh dengan kepintaran yang dimiliki oleh kucing berkenaan.

Animal Valley/Facebook

Tindakan kucing ini sama sekali membuktikan bahawa kucing sememangnya makhluk yang pintar. Berdasarkan beberapa kajian oleh pakar, tahap kecerdasan kucing dewasa dapat dibandingkan dengan kanak-kanak berusia 2 tahun. Comel dan pintar!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular