KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat tiga lagi penambahan kes positif terbaharu melibatkan novel koronavirus (2019-nCoV) sejak 25 Januari lalu, menjadikan keseluruhan tujuh kes.

Kes terbaharu dengan jangkitan tersebut melibatkan seorang kanak-kanak empat tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan juga seorang lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,

Manakala satu lagi kes positif koronavirus pula dicatatkan di Hospital Sungan Buloh, di mana mangsa merupakan menantu perempuan kepada mangsa pertama kes koronavirus di Singapura. Mangsa dipercayai menjaga kedua-dua anaknya di wad pengasingan hospital tersebut sebelum turut dijangkiti.

KKM difahamkan sentiasa memastikan bahawa kesediaan dan tindak balas terhadap wabak penyakit akan dilaksanakan dengan cepat dan cekap, disamping meningkatkan keupayaan sedia ada untuk menangani jangkitan koronavirus.

Dalam pada itu, pihak berkuasa menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dilaporkan telah menahan seorang individu untuk membantu siasatan berikutan dengan penularan berita palsu berkaitan dengan virus terbabit.

Kini pihak berkuasa sedang meningkatkan pemeriksaan di semua pintu masuk ke negara ini, selain menggantung sementara pemberian visa untuk semua pelancong yang berasal dari wilayah Hubei, China.

Virus itu yang bermula di bandar Wuhan di wilayah Hubei, China, telah merebak ke lebih daripada 10 kawasan jauh yang lain termasuk seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Australia.  Di China, lebih daripada 130 orang telah meninggal dunia manakala 5,000 orang pula telah dijangkiti.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular