Musim virus dan wabak yang sedang menular kini menjadi satu realiti yang mengerikan buat kita semua. Penularan wabak influenza juga sudah cukup membuatkan kita semua takut untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar.

Untuk itu, pihak kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga selain menggesa orang ramai untuk mematuhi langkah pencegahan bagi mengelakkan anda daripada dijangkiti virus. Antaranya adalah:

  • Sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air bersih
  • Memakai penutup mulut dan hidung
  • Elakkan daripada mengunjungi kawasan tumpuan ramai
  • Elakkan dari melawat ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan
  • Jangan makan makanan dari produk haiwan yang mentah

Bagaimanapun, menerusi sebuah eksperimen yang dijalankan oleh seorang guru dari Idaho, Amerika Syarikat, jelas terbukti bahawa meskipun kita telah mengamalkan langkah2 pencegahan seperti di atas, ianya masih lagi tidak menghalang kita daripada dijangkiti kuman dan bakteria.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh akaun Your Baby, Your Way itu, dikatakan guru berkenaan telah menjalankan satu projek sains bersama murid-muridnya dengan menggunakan beberapa keping roti yang disentuh dalam beberapa keadaan.

Roti 1 : Dilap pada Chromebook (sejenis komputer riba)

Your Baby, Your Way/Facebook

Roti 2 : Masih segar dan langsung tidak disentuh

Your Baby, Your Way/Facebook

Roti 3 : Disentuh dengan tangan yang tidak bersih

Your Baby, Your Way/Facebook

Roti 4 : Disentuh dengan tangan yang sudah dicuci dengan air dan sabun

Your Baby, Your Way/Facebook

Roti 5 : Disentuh dengan tangan yang sudah disapukan dengan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer)

Your Baby, Your Way/Facebook

Dalam ujikaji ini, kesemua roti ini telah disimpan di dalam beg plastik kedap udara bagi memastikan ianya tidak dicemari dengan unsur lain. Dalam masa dua ke tiga minggu, hasil keputusan projek sains ini jelas memberikan satu kenyataan yang jelas buat kita semua.

Cecair pembasmi kuman sebenarnya tidak membunuh 99.99% kuman seperti yang digembar-gemburkan di dalam iklan! Sebaliknya, Roti 4 iaitu roti yang telah disentuh dengan tangan yang bersih setelah dicuci dengan sabun dan air jelas masih berada dalam keadaan baik (putih tanpa kesan tompok kulat).

Your Baby, Your Way/Facebook

Penggunaan cecair pembasmi kuman bukanlah satu alternatif yang baik kepada perbuatan mencuci tangan. Dengan pendedahan ini, sedikit sebanyak kita dapat mengetahui kebenaran yang tersingkap di sebalik iklan mengenai cecair pembasmi kuman.

Malah, sebagai langkah berjaga-jaga, mungkin kita boleh melakukan kedua-dua kaedah ini untuk melindungi diri kita daripada dijangkiti virus yang memudaratkan!

Bukan susah sangat pun nak cuci tangan. Hanya memerlukan sedikit kerajinan untuk ke tandas dan membunuh segala kuman, bakteria, habuk dan kotoran yang melekat pada tangan dengan menggunakan dua bahan iaitu air dan sabun. Mudah bukan? Semudah ABC!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular