Seorang wanita mendedahkan kesedihannya kepada media bahawa ahli keluarganya mengalami rangkaian bencana wabak di Wuhan disebabkan sekatan berita rasmi dan kelewatan rawatan di hospital tempatan. 

“Abang saya sudah meninggal dunia, adik saya kritikal, dan 2 anak saudara saya tidak dapat berjalan. Hospital tidak menerimanya dan mereka diarah pulang ke rumah untuk mengasingkan diri. Mak cik dan pak cik saya juga mempunyai beberapa gejala virus pneumonia dan menunggu keputusan ujian,” jelas seorang wanita kelahiran Wuhan yang kecewa.

6 ahli keluarganya menerima jangkitan virus pneumonia Wuhan di mana seorang telah meninggal dunia, seorang sedang kritikal di hospital dan 2 orang berada dalam situasi bahaya tetapi tidak dimasukkan ke hospital pada masa laporan dibuat, dan 2 lagi anggota keluarga mula menunjukkan beberapa simptom.

hk.epochtimes.com

Wanita itu yang kini berada di luar negara ketika wabak baru menular berkata dengan cemas, “Kedua-dua anak saudara saya tidak mampu untuk menangguhkan rawatan dan perlu berada di hospital. Kami akan berada di jalanan untuk meraih perhatian.”

Berdasarkan rakaman wawancara, nama sebenar wanita ini dan ahli keluarganya telah dirahsiakan sebagai pertimbangan keselamatan mereka di China. Berikut kenyataan wanita berkenaan :

Abang saya meninggal dunia 10 hari sebelum virus pneumonia masih tidak diketahui punca dan ia tidak termasuk dalam senarai kematian rasmi.

Abang saya telah meninggal dunia di Hospital Jinyintan Wuhan dengan diagnosis pneumonia yang masih tidak dikenali pada 7 Januari.

Dia berasa agak tidak selesa dan sesak nafas ketika itu. Apabila dia melawat kakak ipar saya yang telah dimasukkan ke Hospital Kanser Kesatuan Wuhan, abang saya bertemu seorang profesor dan doktor pakar, dan memberitahunya, “Saya sering berasa tidak selesa sekarang, seolah-olah dada sangat sesak.” Selepas diperiksa, doktor pakar kata, “Anda perlu tinggal di hospital.”

Abang saya telah dimasukkan ke hospital dan menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk imbasan CT. Pada 24 Disember, saya berada di Norway. Abang saya berkata ada beberapa perkara yang perlu diperiksa di hospital, dan saya menasihatkannya lebih baik jika dia melakukan pemeriksaan lanjut untuk melihat apakah masalah sebenar.

Dia tidak melihat hasil ujian dan memberikan kesemuanya kepada doktor. Kemudian, adik saya pergi melawatnya dan mendapati bahawa dia tidak dapat bercakap dan kelihatan tercungap-cungap.

Saya telah meminta anak saudara saya menunjukkan kepada saya hasil pemeriksaan CT dan mendapati bahawa abang saya mempunyai jangkitan di paru-parunya. Anak saudara saya berkata doktor tidak menjelaskan keadaan abang kepadanya.

Hospital itu sangat pelik. Selepas memeriksa pesakit, mereka tidak memberitahu keadaan pesakit dan mereka tidak mengambil tekanan darahnya setiap hari. Kemudian, adik saya mempertikai, “Hospital apa ini? Bagaimana cara kamu merawatnya? Kemudian profesor itu berkata, “Adakah anda mempersoalkan rancangan rawatan kami? Jika anda mempersoalkan rancangan kami, anda boleh sahaja dibenarkan keluar dari hospital kami.” Mereka memaksa abang saya keluar dari hospital itu.

Saya menasihatkan abang saya untuk keluar dari hospital itu dan berpindah ke Hospital Xiehe. Keesokan harinya, mereka pergi ke Kolej Perubatan Kesatuan Wuhan. Notis kecemasan dan notis kritikal telah dikeluarkan, dengan menyatakan bahawa paru-parunya telah dijangkiti dan abang saya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada keesokan harinya.

X-Ray yang diambilnya di hospital kanser seminggu yang lalu menunjukkan ia hanya merebak sedikit, tetapi paru-parunya telah dijangkiti sepenuhnya dalam masa enam hari, jadi hospital itu dengan segera mengeluarkan notis penyakit kritikal.

Pada masa itu, tahap oksigen dalam darahnya sangat rendah. Pada permulaan bantuan transfusi oksigen, ia tidak boleh memasuki bahagian trakea. Untuk mengelakkan sebarang ketidakselesaan, dia telah diberi sedatif. Apabila abang saya memasuki ICU, abang saya ingin mengatakan sesuatu kepada anak saudara saya, tetapi tidak berjaya. Sejak itu abang saya tidak lagi dapat bangkit.

Ketika abang saya cuba diselamatkan di Kolej Perubatan Kesatuan Wuhan, doktor memberitahu adik saya pada masa itu, “Kami mengalami kebuntuan, semua antibiotik tidak memberi kesan ke atas abang anda. Sekiranya dia mempunyai petunjuk positif dan kita akan mampu membantunya dengan pengetahuan yang ada. Tetapi dia tiada penunjuk positif yang lain, dan semuanya negatif, tetapi seluruh paru-parunya seperti paru-paru seorang pesakit AIDS yang negatif.”

Pada akhirnya, mereka menggunakan ubat dengan harga 900 yuan setiap satu, dan kedua-dua ubat itu telah menyebabkan komplikasi lain ke atas abang saya yang mana kemudian telah menyebabkan kegagalan (organ). Tidak ada cara lain lalu dia dipindahkan ke Hospital Jinyintan. Selepas tiga hari rawatan, akhirnya dia meninggal dunia.

YouTube/Gambar Hiasan

Abang saya telah dibiarkan dengan cara rawatan yang lemah selama seminggu dan dia tidak sembuh. Dia meninggal dunia kira-kira sepuluh hari yang lalu, jadi saya ingin menyatakan bahawa penyakit ini sangat berbahaya.

Pemeriksaan di Hospital Jinyintan menunjukkan bahawa banyak organnya telah gagal. Ketika dia dimasukkan di Hospital Xiehe, terdapat peluang 30% untuk dia bertahan dan kemudian ketika memasuki Hospital Jinyintan, kadar itu telah menurun dengan mendadak, hanya 10% untuk dia bertahan. Abang saya meninggal dunia di Jinyintan tiga hari kemudian.

Abang saya juga bercakap dengan saya pada 24 Disember tahun lalu dan gambarnya bersama anak perempuan yang kini dimuat naik di Internet adalah gambar perjalanannya ke luar negara pada pertengahan bulan Disember. Abang saya seorang yang sihat. Apabila dia dimasukkan ke hospital, dia berada dalam keadaan baik kecuali mempunyai jangkitan di paru-paru.

Keputusan ujian lain menunjukkan dia tidak sakit pada masa itu. Tetapi ia telah ditangguhkan di hospital itu selama seminggu, sehingga menyebabkan ia sudah terlambat ketika tiba di Hospital Xiehe.

Kerana abang saya tidak disahkan dengan jangkitan koronavirus Wuhan ketika dia meninggal dunia, maka dia tidak termasuk dalam senarai kes wabak itu. Abang saya meninggal dunia pada 7 Januari. 

Pengumuman wabak koronavirus adalah selepas itu. Abang saya telah disahkan meninggal dunia dengan sebab kematian “pneumonia yang tidak diketahui” dalam sijil kematiannya.

Ahli keluarga telah dijangkiti.

Apabila abang saya berada di Hospital Xiehe, ahli keluarga boleh melawatnya selama setengah jam setiap hari. Anak saudara saya tidak banyak berhubungan dengan abang saya, begitu juga adik saya.

Adik saya melawat abang saya setiap tiga hari dalam masa setengah jam. Kemudian, dua anak saudara saya melawatnya dengan masa yang sangat singkat, kerana dia dikuarantin ketika berada di Hospital Xiehe. Hospital Jinyintan ditutup sepenuhnya dan mereka tidak dibenarkan masuk sama sekali.

Tetapi jangkitan itu benar-benar menakutkan. Tiada pengesahan akhir bahawa mak cik dan pak cik saya mempunyai simptom dijangkiti. Pak cik saya kini diasingkan di Hospital Huanggang. Mak cik saya juga mengatakan bahawa dia tidak selesa dan akan menjalani imbasan CT untuk melihat jika terdapat masalah.

Mereka melawat abang saya sekali sahaja apabila dia dipindahkan dari Hospital Xiehe ke Hospital Jinyintan, dalam jangka masa hanya setengah jam, dan sekarang saya tidak tahu sama ada pak cik juga dijangkiti penyakit ini. Tetapi kini Hospital Huanggang telah mengasing dan mengkuarantinnya.

Langkah seterusnya adalah mengesahkan diagnosis. Mak cik juga akan pergi ke hospital untuk mendapat tahu situasi sebenar yang berlaku. Jika mereka dijangkiti penyakit ini, ia akan menjadi bencana yang dahsyat.

hk.epochtimes.com

Keadaan adik terkawal.

Adik saya telah dimasukkan ke hospital pada 4 Januari lalu sebaik sahaja salah satu paru-parunya didapati telah dijangkiti, dan dia telah dipindahkan ke Hospital Jinyintan dan dirawat di sana dengan keadaannya dilaporkan terkawal.

Sebaik sahaja adik saya pergi ke hospital, doktor memberitahu pada masa itu, “Anda berada dalam situasi yang sangat rumit.”

Saya melihat cara rawatan dalam fail itu dan adik saya dirawat dengan cara yang sama. Pada mulanya tanpa antibiotik, gunakan hormon dan kemudian transfusi oksigen.

Katanya, “Tiada ubat yang khusus untuk merawat. Setiap hari mereka perlu menandatangani borang untuk bersetuju menggunakan ubat yang mana semuanya adalah ubat baru. Ubat ini tiada di pasaran, jadi pesakit dikehendaki menandatangani dan bersetuju menggunakan ubat ini. Jadi, adik saya tidak tahu ubat apa yang digunakan. Tetapi dia tahu hormon digunakan dan mereka memberinya selepas dua hari dia kehilangan darah. Keadaannya kini stabil.

Dia diminta untuk mengambil imbasan CT. Mereka memberitahunya bahawa jangkitan itu tidak berkembang dan terkawal. Maka itu satu berita baik buat masa sekarang.

Dua anak saudara telah ditolak untuk mendapat rawatan di hospital.

Abang saya meninggal dunia pada 7 Januari dan anak saudara dan suaminya bertemu dengan abang saya pada 4 Januari semasa tempoh kritikal dan dia diasingkan. Mereka menunjukkan simptom batuk tetapi tidak demam pada masa itu. 

Mereka telah pergi ke Hospital Houhu dan meminta dimasukkan ke hospital itu dengan anak saudara memberitahu doktor bahawa ayahnya telah meninggal dunia kerana pneumonia. Doktor mengarahkan mereka pergi ke klinik untuk mendapatkan suntikan, mengambil ubat, pulang ke rumah dan mengasingkan diri dengan mengatakan bahawa hospital tidak lagi mempunyai tempat dan katil.

Pada hari itu, mereka menunggu selama setengah hari untuk mendapatkan suntikan, dari jam 9 pagi hingga 1 petang. Kebanyakan suntikan adalah untuk pesakit yang dijangkiti pneumonia. Suami anak saudara saya semakin lemah dan dia tidak mampu berjalan kerana jangkitan itu.

Apabila anak saudara saya mengetahui terdapat 3 hospital di Wuhan yang boleh merawat, mereka telah bergegas ke Hospital Wuhan Pulmonary untuk mendapatkan imbasan CT pada malam itu juga.

Malangnya hospital itu memberitahu mereka tidak akan dimasukkan ke hospital sama sekali, kerana jabatan pesakit luar tidak akan menerima kes mereka.

Hospital hanya menerima kes yang telah dipindahkan dari hospital lain dengan berkata, “Rujukan kes anda tidak ada di sini, jadi bagaimana kami boleh mendiagnos anda.”

Anak saudara saya berkata kepada mereka, “Ayah saya telah meninggal dunia kerana penyakit ini dan ibu saudara saya kini berada di hospital. Kamu perlu masukkan kami ke hospital untuk mengesahkan penyakit. Jika tidak, di mana saya boleh mendapatkan diagnosis? “

Kami akan selamat jika dirawat di hospital.

Anak saudara saya telah cuba membuat aduan di atas talian hotline Datuk Bandar, malangnya panggilan itu tidak pernah dijawab.

Walau bagaimanapun, maklumat di internet lebih baik, mengatakan bahawa kerajaan sedang mengatur dan menyediakan 3 hospital yang ditetapkan dengan 2,000 katil yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Keadaan yang melegakan tetapi kini ahli keluarga saya sebenarnya tidak dibenarkan dirawat di hospital kerana tiada tempat. Malah, hospital ini tidak berkemampuan merawat pesakit yang ramai.

Tidak ada keperluan lain kerana mereka mesti dimasukkan ke hospital dan perlu diselamatkan kerana mereka ialah sumber jangkitan.

Apabila mereka pergi ke hospital, doktor tahu bahawa mereka adalah sumber jangkitan, dan semua staf perubatan memakai pakaian pelindung. Mereka tahu penyakit itu akan menular tetapi tidak dapat membantu dengan sepenuhnya.

Adik saya pergi ke hospital sebaik sahaja menyedari sesuatu tidak kena telah berlaku. Jadi anak saudara saya berasa bimbang bahawa jika mereka tidak sembuh, maka riwayat mereka akan berakhir seperti bapa mereka.

Seseorang boleh diselamatkan daripada kematian jika belum terlambat. Saya menyeru kepada kerajaan supaya menerima mereka dan dirawat di hospital untuk membantu mengawal penyakit ini, tetapi tiada hospital boleh mengambil mereka sekarang.

Tiada maksud lain untuk saya menyebarkan luahan rasa ini di Twitter. Saya hanya menyeru kepada kerajaan untuk menyelamatkan keluarga saya. Saya tidak mahu kehilangan lebih ramai orang tersayang dan itu sahaja.

Ramai orang mendapat jangkitan pneumonia Wuhan tidak menunjukkan tanda demam.

Melalui jangkitan yang dialami keluarganya, wanita ini mengingatkan bahawa ramai mangsa jangkitan di Wuhan mendapat pneumonia tetapi tidak demam, sehingga diagnosis tertunda. Dia menekankan bahawa ia satu situasi berbahaya.

“Abang saya tidak mengalami demam dan hospital memberitahu abang saya yang dia tidak didiagnosis dengan penyakit ini pada masa itu.”

“Adik saya tidak mengalami demam dan abang saya mengalami demam selepas makan ubat. Anak saudara saya juga tidak demam, tetapi mereka batuk kerana paru-paru mereka telah dijangkiti,” terang wanita ini.

Dia juga menekankan, “Saya telah melihat dokumen-dokumen kerajaan itu dan ia mengatakan bahawa ramai orang tidak mempunyai demam. Keadaan keluarga saya juga jelas menunjukkan mereka tidak mendapat demam.”

Berjuang selagi daya.

Tulis wanita ini : Apabila abang saya meninggal dunia, saya menghantar mesej di Weibo dengan mengatakan bahawa abang saya adalah pesakit pertama yang meninggal dunia akibat radang paru-paru yang tidak diketahui. 

Saya tidak pasti sama ada ia adalah kes pertama. Mereka meminta memadamkan posting itu. Saya telah memadamnya di dalam negara  tetapi saya tidak memadamkannya di luar negara, kerana jika anda tidak memadamkannya di dalam negara, mereka tidak akan membiarkan anda.

Akaun Weibo saya telah diharamkan. Saya bukan anti-kerajaan kerana tidak peduli dengan politik sama sekali tetapi nyawa ahli keluarga saya sedang berada dalam bahaya sekarang, dan saya mahu mereka mendapat rawatan.

Saya dan abang saya mempunyai hubungan yang sangat baik dan saya menangis kehilangannya. Saya tidak berani pulang kerana kawasan itu terjejas.

Tiada hospital yang mahu menerima kedua-dua anak saudara saya. Saya telah berusaha meminta bantuan rakan bagi membolehkan seseorang menghubungi hospital untuk membolehkan mereka ditempatkan bagi menerima rawatan. Tiada jawapan sehingga kini. Semua hospital tidak menerima mereka.

Kerana adik saya adalah seorang pesakit, dia meminta anak saudara saya mesti masuk ke hospital esok. Jika mereka tidak pergi ke hospital esok, kita akan menggantung papan tanda yang ditulis ‘Ayah saya sudah meninggal’,  ‘mak cik saya terlantar’,  ‘Kita juga sakit, dan perlu dirawat di hospital’ di badan, dan merakam video bagi membolehkan mereka dirawat di hospital pada masa itu. Saya akan menghantar video ini ke YouTube dan Twitter. Tiada keperluan lain, demi untuk pesakit-pesakit ini dimasukkan ke hospital.

Jadi, sekarang saya terpaksa mencari jalan dengan usaha yang melampau, termasuk menggantung sepanduk. Saya mahu mereka dimasukkan ke hospital dan itu sahaja. Kita tidak mempunyai cara. Kami bukan orang terkenal, tidak mempunyai sumber, tetapi kami juga mahu hidup.

Wartawan telah menghubungi kedua-dua hospital berkenaan. Salah sebuah hospital yang enggan merawat pesakit dengan radang paru-paru iaitu Pusat Perubatan Rawatan Wuhan di daerah Houhu berkata bahawa pihak mereka bukan hospital yang dilantik kerajaan. 

 

Pesakit-pesakit dengan jangkitan kini telah dipindahkan ke hospital yang ditetapkan dan mereka tidak lagi menerima pesakit tersebut. Pesakit asal juga akan dipindahkan ke hospital yang ditetapkan.

Wartawan turut menghubungi Hospital Jinyintan, salah satu daripada tiga hospital yang ditetapkan merawat pesakit pneumonia di Wuhan, dan menjawab mereka tidak akan menerima pesakit luar. Mereka hanya menerima pesakit dengan prosedur yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Kesihatan dan Perubatan China.

Terkini, angka korban wabak koronavirus di China telah meningkat kepada 170 orang dengan kes jangkitan rasmi yang dilaporkan seramai 7,711 orang dan jumlah itu semakin meningkat termasuk di seluruh dunia.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular