Berikutan dengan sambutan Tahun Baru Cina yang baru sahaja berlangsung pada hujung minggu lalu, sudah tentu banyak bunyi mercun dan bunga api yang kita dengari, bukan? Pada waktu inilah, ibu bapa akan membelikan bunga api untuk anak mereka bermain.

Lazimnya, para ibu bapa akan membelikan pop pop sahaja buat anak mereka, terutamanya jika anak mereka masih kecil, memandangkan pop pop tidaklah begitu merbahaya jika dibandingkan dengan mercun ataupun bunga api yang lain.

Namun sebenarnya ia juga mampu membawa kerosakan kepada harta benda. Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi di laman Facebook tentang keadaan tingkap kereta miliknya yang retak seribu apabila dibaling dengan pop pop.

Menurut wanita berkenaan, pop pop itu sebenarnya dibaling ke tingkap kereta oleh anaknya yang nakal menyebabkan tingkap keretanya mulai retak. Dia kemudian memutuskan untuk tidak lagi membeli pop pop di masa akan datang kerana khuatir perkara sebegini akan berlaku lagi.

Wanita itu menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku semasa hari kedua sambutan Tahun Baru, di mana pada ketika itu tingkap keretanya itu tidak dapat dibaiki secepat yang mungkin ekoran banyak kedai yang tutup.

Walaupun bersaiz kecil namun ia cukup berkuasa untuk merosakkan tingkap sebuah kereta. Oleh yang demikian, diharapkan agar semua ibu bapa di luar sana untuk peka dan kawal kelakukan anak kecil masing-masing ketika bermain pop pop ya.

Jika tidak terkena pada kereta sendiri, terkena pula pada kereta jiran tetangga. Lagi haru jika ianya berlaku. Justeru, adalah lebih baik anda mengawal anak-anak ataupun tidak membelikan langsung pop pop mahupun bunga api. Lagi senang!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular