Semua pekerjaan adalah penting demi kelangsungan sesuatu masyarakat, terutamanya daripada segi ekonomi dan sosial seseorang. Dalam erti kata yang lain, ia merujuk kepada aktiviti ataupun kerja yang dilakukan oleh seseorang sebagai pertukaran kepada upah yang diterima.

Ya, pekerjaan merupakan satu ibadah dan ianya harus dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab, tidak kiralah ianya tergolong dalam apa jua peringkat. Semua pekerjaan yang halal haruslah dihormati hatta tugas-tugas pembersihan sekalipun.

Mungkin ramai di antara kita yang beranggapan bahawa tugas sebagai pekerja kebersihan sebenarnya tidaklah begitu sukar dilakukan. Ternyata anggapan anda tidak tepat.

Satu perkongsian berguna yang pasti membuka mata kita semua apabila seorang pengguna di Twitter yang menggunakan nama akaun @mdfar8_ ataupun lebih dikenali sebagai Faris Mahadi memuat naik beberapa keping foto.

Menurut Faris, bapanya merupakan salah seorang kaki tangan pembersihan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh – yang menjadi lokasi kuarantin untuk pesakit yang disahkan positif dengan virus korona baru-baru ini.

Keadaan berkenaan sebenarnya agak mencabar buat pasukan berkenaan. Mana tidaknya, mereka diamanahkan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan demi memastikan virus tersebut tidak tersebar kepada orang lain.

Sungguh berat amanah yang dipikul oleh bapa Faris, bukan? Mereka telah mengenepikan diri mereka sendiri selain merisikokan kesihatan diri agar kawasan ataupun fasiliti yang telah digunakan itu bebas daripada virus dan selamat digunakan orang lain.

Tweet berkenaan menerima perhatian ramai warga Twitter ekoran ia telah diretweet sebanyak 30,700 kali. Rata-rata daripada mereka semua mendoakan agar pasukan bapa Faris sentiasa dilindungi.

@mdfar8_/Twitter

mdfar8_/Twitter

Ada juga yang sempat menceritakan pengalaman peribadi selain mengambil peluang untuk berterima kasih kepada pekerja pembersihan.

mdfar8_/Twitter

Oleh yang demikian, kita harus mengubah mentaliti kita yang sering memandang rendah kepada pekerja pembersihan ini. Mereka melakukan pekerjaan yang mulia demi keselesaan orang lain.

Walaupun tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya, namun apa yang mereka lakukan sebenarnya ternyata amat berharga buat kita semua. Terima kasih daun keladi kepada semua pekerja pembersihan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular