Haiwan peliharaan seperti kucing agak bijak sebenarnya. Mereka dapat merasai perubahan mood dan tingkah laku manusia, apatah lagi jika seseorang itu mengandung!

Hal ini kerana menurut pakar tingkah laku haiwan, binatang peliharaan seperti kucing dan anjing dapat mengesan kehamilan manusia.

Mereka memiliki pancaindera yang halus dan kuat, membolehkan mereka mengesan sebarang perubahan. Ini termasuklah jika seseorang itu belum melakukan ujian kehamilan. Hebat bukan?

Jika salah seorang daripada ahli sedang hamil ataupun langsung tidak mengetahui bahawa diri mereka hamil, bersedialah untuk menjadi ‘mangsa’ pelukan si manja. Seperti beberapa keping foto di bawah :

#1 Manja betul! Berlakon jadi bayi kot?

Reddit 

#2 “Semenjak isteri saya mengandung, Copernicus bersikap melebihkan isteri saya”

Reddit 

#3 “Akhirnya kucing saya dapat terima kenyataan bahawa saya mengandung”

Reddit 

#4 “Sebelum mengandung, kucing saya ni langsung tak mahu berkepit macam ni”

Reddit 

#5 Obses semacam saja dengan tuan ya…

Reddit 

#6 Asyik melekat, macam magnet!

Imgur

#7 “Saya rasa Cletus tahu saya hamil sebelum orang lain tahu”.

Reddit 

Secara logiknya, semasa kehamilan, tubuh akan menghasilkan lebih hormon progesteron, estrogen dan chorionic gonadotropin (hCG), di mana ia berupaya untuk mengubah bau semula jadi tubuh anda.

Oleh kerana deria bau mereka agak kuat maka mereka mampu mengesan perubahan ini walaupun sebelum ujian kehamilan dibuat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular