PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menggantung sementara kemasukan rakyat China dari Bandar Wuhan, Wilayah Hubei dan kelilingnya susulan penularan wabak koronavirus di China yang semakin memuncak.

Menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri, kemudahan yang digantung termasuk Kemudahan Tanpa Visa (eNTRY), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual.

@chedetofficial/Twitter

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel coronavirus 2019 (2019-nCov) di China, khususnya di wilayah Hubei dan ia berkuatkuasa serta merta,” kenyataan itu memetik.

“Kemudahan imigresen akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal,” demikian kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri.

Berikut adalah kenyataan akhbar penuh Pejabat Perdana Menteri :

Dalam perkembangan lain Wisma Putra akan menyelaras keputusan yang diambil kerajaan Malaysia bersama kerajaan China.

Kerajaan Malaysia juga mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau tidak sah berkenaan novel coronavirus yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular