Buat pertama kali dalam sejarah, sebuah kawasan di Panalaban berubah wajah menjadi sebuah hutan kristal apabila tumbuh-tumbuhan di kawasan berkenaan membeku dan diselaputi ais!

Bagi yang tidak tahu, Panalaban merupakan sebuah perhentian atau kem yang dijadikan sebagai tempat pendaki berehat sebelum meneruskan perjalanan menuju ke puncak Gunung Kinabalu. Tempat penginapan ini dibina oleh tentera sekitar tahun 1980-an.

Sabah Post/Facebook

Bagaimanapun, satu akaun Facebook yang dikenali sebagai Sabah Post telah memuat naik beberapa gambar menunjukkan keadaan tumbuh-tumbuhan di kawasan berkenaan telah membeku menjadi ais!

Begitu indahnya alam ciptaan Tuhan ini sekali gus membuatkan kita terbayang bagaimana agaknya keadaan suhu di situ.

Suhaimi Danin/Facebook

Gambar-gambar tersebut pada asalnya dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Suhaimi Danin pada 23 Januari 2020. Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima sebanyak 2,388 kali kongsian dan 775 tanda suka!

Suhaimi Danin/Facebook

Suhaimi Danin/Facebook

Majoriti netizen turut mengambil kesempatan dengan memuji keindahan suasana sejuk yang sedang berlaku di Panalaban itu. Tidak kurang juga ada yang memberikan komen lucu dan menyamakan keadaan ini seperti di dalam filem animasi Frozen.

Suhaimi Danin/Facebook

Suhaimi Danin/Facebook

“Sedangkan Arab pun boleh bersalji.. Tak mustahil. Iklim memang sukar dijangka”

“Patutlah pagi tadi sejuk sangat”

“Subhanallah, Cantiknya”

“Saya rasa Elsa datang melawat Kinabalu”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI NASIONAL

Video Popular