KUALA LUMPUR: Satu petisyen dilancarkan dengan tujuan mendesak Putrajaya menyekat kemasukan warga China ke negara ini berikutan penularan wabak koronavirus yang mengorbankan 56 orang di China, setakat ini.

Petisyen berkenaan turut menggesa kerajaan mengutamakan kesihatan rakyat Malaysia.

Selepas petisyen yang dilancarkan di change.org itu dimulakan oleh individu bernama Muhammad Zaim Yusran Mohd Zaidy telah memperoleh lebih 300,000 tandatangan.

“Jangan tunggu sehingga ada kematian dalam kalangan rakyat Malaysia dan setelah itu barulah kerajaan mahu mengambil langkah pencegahan,” kata petisyen tersebut.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes keempat jangkitan virus menyerupai SARS itu, di negara ini.

Sehingga kini lebih 1,400 orang disahkan dijangkiti virus berkenaan dan kebanyakannya di China.

Terdahulu, pihak berkuasa Filipina dilaporkan menghantar pulang kira-kira 500 pelancong dari Wuhan berikutan kebimbangan berhubung virus tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, wabak koronavirus di negara ini belum memasuki tahap serius dan pihak berkuasa belum merancang untuk melarang kemasukan pelancong dari Wuhan, China ke negara ini.

Beliau berkata, kebanyakan negara sudah mengambil langkah tertentu berikutan itu situasi serius kerana virus ini tidak dikenali sebelum ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular