Penularan wabak berbahaya seperti virus korona terbaharu ini begitu membimbangkan, apatah lagi ianya sudah berada di Malaysia. Seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan, orang ramai dinasihati untuk sentiasa menjaga kebersihan diri.

Selain mencuci tangan dengan sabun selain cecair pembasmi kuman, kita juga disarankan untuk memakai topeng muka bagi melindungi diri daripada turut dijangkiti oleh virus berkenaan.

Namun ketika inilah akan timbul beberapa golongan yang mungkin mengambil kesempatan terhadap keadaan sebegini. Menurut seorang pengguna Facebook, Baizura Basri, akan muncul golongan yang menjual ubat dan topeng muka yang tidak begitu berfungsi dengan harga tinggi.

Selain daripada itu, wanita itu juga mendedahkan bahawa terdapat juga golongan yang akan menyalahkan semua orang melainkan diri mereka sendiri, sambil bermegah-megah kerana tidak ditimpa bala.

Namun akan ada juga mereka yang benar-benar mahu membantu orang lain, di mana menurut Baizura, di situlah kita akan dapat lihat tahap nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh seseorang.

Itulah yang dilakukan oleh kebanyakan kedai menjual ubat dan farmasi di Jepun, apabila mereka difahamkan telah menurunkan harga demi membantu orang ramai. Inilah yang membezakan nilai kemanusiaan.

Hal ini ternyata berbeza dengan kedai dan farmasi di China dan Hong Kong yang menjual ubatan dan topeng muka dengan harga yang tinggi pada musim sebegini. Menerusi tweet, seorang pengguna, @disney2096 mendedahkan harga topeng muka yang dibelinya di Hong Kong.

Menurutnya, satu topeng muka yang dibelinya di kawasan berhampirannya (Hong Kong) adalah sehingga $190 (RM99.36), berbeza dengan harga sebelum iaitu pada $70 (RM36.60). Manakala kakaknya pula membeli dengan harga $238 (RM124.46).

@disney2096/Twitter

@disney2096/Twitter

Selain itu, kualiti topeng muka yang dijual di Hong Kong dan Jepun juga ternyata amat berbeza. Tambah pengguna itu, Jepun akan menolak penjualan topeng muka yang tidak berkualiti sementara di Hong Kong dan China, ia masih lagi dijual.

Ternyata golongan sebegini hanya berpaksikan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan tentang kesejahteraan orang lain yang membeli produk mereka. Sebagai pengguna yang bijak, amati dahulu topeng muka sebelum membeli ya?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular