Ibu merupakan antara insan utama yang penting dalam mencorakkan keluarga – menunjukkan teladan yang baik terhadap anak-anak selain bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan urusan rumah tangga dengan sebaiknya.

Jadi tidak hairanlah ada di antara para ibu di luar sana yang agak tegas dan garang dengan anak-anak agar anak mereka sentiasa mendengar kata dan mudah untuk dididik. Umumnya, warganet sudah pun mengetahui bahawa kaum ibu di kebanyakan negara Asia boleh tahan garangnya.

Di Malaysia, perkara itu dapat dibuktikan menerusi satu perkongsian di laman Twitter oleh seorang pengguna, @YanaNasuha yang menunjukkan beberapa remaja bermotosikal telah ditahan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Tolong saya, nanti mak saya marahlah”, rayu salah seorang daripada remaja yang diarahkan untuk berkumpul oleh anggota JPJ berkenaan. Menurut Yana, salah seorang anggota JPJ tersebut sebenarnya merupakan abangnya.

Ia dapat disaksikan menerusi rakaman video pendek berdurasi 30 saat yang telah pun tular di laman berkenaan. Sehingga kini, ia telah disaksikan lebih 600,000 kali dan telah diretweet sebanyak 29,100 kali.

Pengalaman sebegitu sebenarnya turut dialami oleh seorang pengguna lain yang turut berkongsi kisahnya…

@YanaNasuha/Twitter

Manakala seorang lagi pengguna lain menyimpulkan bahawa seorang ibu memang lebih ‘menyeramkan’ berbanding dengan anggota penguatkuasa

@YanaNasuha/Twitter

“Segangster mana pun kau, tetap takut kena marah dengan mak”, tulis seorang lagi pengguna.

@YanaNasuha/Twitter

Tambah Yana lagi, beberapa remaja terbabit sebenarnya bertindak melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka juga terdiri daripada remaja bawah umur dan tidak memiliki lesen selain, tidak memakai topi keledar.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular