Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah memberikan nama “nCoV-2019” (virus korona novel 2019) bagi merujuk kepada virus korona Wuhan.

Kini, virus ini telah merebak dari pusat bandar Wuhan ke banyak negara. Bagaimanapun, terdapat beberapa fakta mengganggu untuk diketahui mengenai virus yang satu ini.

1. Makmal Virologi di Wuhan

Virus korona dikaitkan dengan virus yang terdapat dalam kelawar. Hubungan ini dilaporkan pada tahun 2017 oleh Profesor Shi Zhengli (石正丽) dari Institut Virologi Wuhan.

Pasukannya mengkaji kelawar kuda di Provinsi Yunnan dan menemui 11 jenis virus SARS baharu yang berkaitan.

Penemuan baharu ini lebih mirip dengan versi SARS manusia berbanding virus kelawar yang telah dikenalpasti sebelumnya. Berdasarkan kajiannya, pasukan Profesor Shi mendapati bahawa elemen-elemen dalam kelawar berkenaan berpotensi untuk tumbuh dalam sel-sel manusia dan virus-virus dalam kelawar ini boleh dipindahkan ke manusia.

Pada bulan Januari 2018, Institut Virologi Wuhan menubuhkan sebuah makmal keselamatan bio empat tahap (P4) yang mampu menjalankan eksperimen terhadap mikroorganisma dengan kandungan patogen yang tinggi yang boleh menyebabkan penyakit maut. Di China, makmal sebegini adalah yang pertama ditubuhkan.

Adalah menarik untuk diperhatikan juga pada bulan yang sama, tentera Cina ada menghantar data (rujuk gambar di bawah) berkaitan dengan genome virus korona kelawar yang hampir serupa dengan SARS kepada GenBank, sebuah pangkalan data di Amerika Syarikat.

Adakah terdapat hubungan antara pasukan Profesor Shi, makmal P4, tentera Cina, dan virus korona yang memuncak di Wuhan kini?

Peta di bawah menunjukkan lokasi Institut Virologi Wuhan dan Pasar Makanan Huanan yang merupakan lokasi berkaitan yang utama bagi virus korona.

Video yang berikutnya pula sudah tular di Internet. Video menunjukkan seorang wanita dari China yang sedang memakan kelawar pada beberapa hari lalu.

@Byron_wan/Twitter

Mengapakah wanita itu bertindak sedemikian? Hal ini mungkin berlaku kepada penduduk di Wuhan kerana mereka tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa kesihatan tentang hubungan antara kelawar dan virus korona.

2. Pengambilalihan oleh pihak berkuasa tertinggi

Suatu langkah yang dilihat ‘aneh’, pada 22 Januari 2019, Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan mengeluarkan makluman rasmi di laman webnya bahawa mereka tidak akan lagi melaporkan kemunculan virus korona di bandar Wuhan. Hal ini adalah kerana tindakan tersebut akan diambil alih oleh penguasa di peringkat wilayah.

Wuhan Municipal Health Commision

Dalam dinamik politik China, ini bermakna bahawa sesetengah pihak berkuasa yang lebih tinggi memutuskan untuk mengambil alih penyebaran maklumat mengenai penyebaran virus korona Wuhan, untuk menapis maklumat yang perlu dan tidak perlu dilaporkan.

Keputusan ini dilihat sangat pelik, kerana pihak berkuasa tempatan pastinya lebih tahu dengan lebih baik mengenai keadaan corak jangkitan virus korona Wuhan yang tersebar berbanding pihak berkuasa wilayah, memandangkan Wuhan menjadi tuan rumah bagi Institut Virologi, yang sudah sedia maklum tentang virus korona yang berkaitan dengan kelawar pada dua tahun yang lalu.

3. Laporan data yang salah berkaitan jumlah kematian mangsa wabak penyakit

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NHC) menerbitkan laporan tentang jumlah jangkitan dan kematian akibat penyakit berjangkit pada setiap bulan. Bagi tahun 2015, NHC melaporkan sebanyak 189,485 kes jangkitan berkaitan dengan influenza, yang mengakibatkan sebanyak 110 kematian. Jadual berikut disusun dengan data yang diterbitkan dari laman web rasmi mereka.

National Health China

Bagaimanapun, angka-angka ini bertentangan dengan penemuan dari satu artikel jurnal yang diterbitkan dalam The Lancet, jurnal perubatan bebas yang terkemuka di dunia. The Lancet adalah jurnal perubatan umum yang diterbitkan secara mingguan yang dirujuk oleh para pengamal perubatan dengan faktor kesan sebanyak 53.254 pada 2017, menduduki tempat kedua di antara 150 jurnal di dunia dalam Perubatan Umum dan Dalaman.

Artikel yang bertajuk “Kematian berkaitan masalah pernafasan influenza di China, 2010-15: kajian berdasarkan populasi” melaporkan kajian yang dilakukan oleh sekelompok pengamal perubatan di China, diterbitkan dalam Jilid 4, Isu 9, halaman E473-E481, Jurnal Kesihatan Awam Lancet, bertarikh 1 September 2019.

Artikel itu menganggarkan kadar kematian berkaitan pernafasan yang melibatkan influenza antara musim 2010-2011 dan 2014-2015 untuk 22 wilayah dengan data yang sah dari China. Kajian itu menganggarkan purata kematian tahunan sebanyak 88,100 orang yang berkaitan dengan penyakit pernafasan yang berlaku di China dalam 5 tahun yang dikaji.

Berbeza dengan artikel yang menerangkan purata kematian adalah sebanyak 88,100 orang, China hanya melaporkan sebanyak 110 kematian sahaja yang berlaku pada tahun 2015.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular