Penjagaan pemakanan merupakan salah satu kaedah betul bagi seseorang yang ingin menurunkan berat badan. Di antara tips yg sering kita dengar adalah larangan pengambilan nasi, gula dan juga makanan berminyak sekiranya anda ingin kurus dengan lebih cepat. Kepercayaan ini sudah tersemat di dalam fikiran kita sejak sekian lama lebih-lebih lagi apabila segelintir individu berkongsi gambar sebelum dan selepas mereka mengamalkan diet tersebut.

 

在 Instagram 查看這則貼文

 

Dr Shazril Shaharuddin(@say_shazril)分享的貼文 張貼


Namun menerusi Instagram baru-baru ini, seorang doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say Shazril telah berkongsi satu fakta yang mungkin akan menggembirakan ramai individu di luar sana. Dengan tajuk pengenalan “Nak Kurus? Jangan Ambil Nasi, Gula dan Minyak? MENGARUT!” membuatkan ramai netizen terpana membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh doktor ini.

Menurutnya, kita sering ditanamkan dengan larangan pengambilan gula, minyak dan juga nasi sekiranya ingin menurunkan berat badan sekali gus memiliki bentuk tubuh yang diidamkan. Ternyata, cara diet ini adalah salah kerana bukan semua orang mampu menahan nafsu makan mereka dan hanya mengikut diet tersebut buat selama-lamanya.

Pexel | Rajesh TP

Jika diikutkan pada logik akal pemikiran, mampukah seorang makhluk ciptaan Tuhan hidup tanpa pengambilan nasi yang menjadi makanan ruji buat masyarakat di Malaysia? Gula yang menjadi pemanis minuman dan makanan serta kandungan minyak yang tidak boleh dielakkan dalam makanan-makanan yang ada. Dr Say juga memaklumkan bahawa nasi dan gula merupakan karbohidrat yang menjadi sumber utama dalam membekalkan tenaga kepada manusia sekali gus membolehkan otak dan organ tubuh lain berfungsi dengan baik. Sementara itu, pengambila minyak yang baik iaitu lemak tak tepu penting bagi menjana tenaga. Malah, minyak juga mampu melindungi organ, menghasilkan hormon, membantu penyerapan vitamin dan banyak lagi faedah lain. 

“Tidak bersalah langsung pun nasi, gula mahupun minyak itu. Yang bersalah sekarang adalah apabila anda mengambil nasi, gula dan minyak melebihi keperluan harian badan”. 

Pexel | Pixabay

Berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Amerika bagi tahun 2015 hingga 2020, golongan wanita memerlukan sekitar 1,600 ke 2,400 pengambilan kalori setiap hari manakala kaum lelaki pula memerlukan di antara 2,000 ke 3,000. Namun, jumlah keperluan kalori ini adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti umur, ketinggian, gaya hidup, tahap kesihatan dan aktiviti harian. 

Untuk lebih mudah lagi, anda cuma perlu ikut amalan pemakanan dikenali sebagai Suku Suku Separuh yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. Gaya pemakanan ini melibatkan pengambilan makanan mengikut jumlah yang ditetapkan. Suku pinggan nasi, suku pinggan lauk dan separuh pinggan dipenuhi buah-buahan serta sayur-sayuran. Dengan cara ini, kita masih boleh menurunkan berat badan tetapi dengan pendekatan yang lebih mesra dan kurang ‘menyeksakan’. 

Sampai bila anda mampu menahan nafsu untuk tidak makan nasi? Katakan Tidak kepada diet ekstrem! Katakan Ya kepada diet Suku Suku Separuh. Ayuh kita kita sama-sama menguruskan badan dengan cara yang lebih sihat dan menggembirakan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular