Warga emas yang semakin lanjut usia lazimnya akan mempunyai keterbatasan pergerakan dari tahun ke tahun. Seiring dengan kesihatan fizikal yang semakin merosot, mereka sememangnya sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang-orang yang jauh lebih muda dalam melunaskan tugasan harian.

Pun begitu, tidak dapat dilupakan segala jasa-jasa mereka ketika kita membesar dahulu kala. Nenek dan datuklah yang sering memanjakan kita, membantu kita melakukan tugasan harian, sehinggalah mengajar kita sekecil-kecil perkara.

Jen Ampler/Facebook

Jadi, apabila kita menyaksikan sendiri keterbatasan fizikal mereka pada waktu ini, pastinya kita akan berasa sedih, dan tidak sanggup membiarkan mereka begitu sahaja.

Seorang wanita dari Manila, Filipina, Jen Ampler, ada berkongsi di laman Facebook tentang kisah mengenai dirinya dengan neneknya yang sudah uzur yang berusia 98 tahun. Ternyata, perkongsiannya yang menyayat hati ini telah mendapat perhatian ramai warganet.

Dengan mengepilkan beberapa keping gambar dirinya bersama neneknya, Jen menulis:

Jen Ampler/Facebook

“Nenek, nenek telah menjaga saya sejak saya dilahirkan, sekarang, apabila saya memberi makan dan memandikan nenek, saya pasti akan menangis kerana saya ingat bagaimana nenek melakukannya untuk saya ketika saya masih kecil. Kini nenek sudah berusia 98 tahun, mari kita melakukan perkara-perkara yang selalu nenek lakukan untuk kami.

Dahulu, saya membantu nenek berdiri dan meminta nenek untuk cuba berjalan beberapa langkah. Tetapi nenek memberitahu saya bahawa nenek tidak boleh bergerak lagi.

“Nenek tidak pernah meninggalkan saya, adik-beradik saya, ibu saya, dan saya berasa sangat bersyukur.

Kami sangat menyayangimu, tolonglah sihat sentiasa. Semakin nenek menginjak usia, kami akan sentiasa menjaga nenek. Nenek tidak boleh makan dengan sendiri, nenek tidak boleh mandi dengan sendiri, dan nenek tidak boleh bergerak, maka kami akan menjadi tangan dan kaki nenek. Walaupun begitu, kita tidak akan boleh membayar semula semua yang telah nenek lakukan untuk kami.

Apabila saya berkata “Saya sayang nenek,” saya terus menangis,” tulis Jen panjang lebar.

Jen Ampler/Facebook

Dari pandangan Jen, dia berasa sangat tidak berdaya kerana menyaksikan sendiri neneknya yang semakin lemah dari hari ke hari. Jen, sama seperti orang lain, berharap agar neneknya akan kembali pulih dan kekal sihat sehingga ke akhirnya.

Ternyata, kiriman Jen memberi peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa menghargai keluarga yang berada dengan kita dari dahulu lagi. Marilah ‘mencuri’ masa untuk diluangkan bersama keluarga agar kita tidak menyesal suatu hari nanti.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular