Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pasti akan merancang majlis perkahwinan dengan impian ia dapat diadakan dengan gaya mewah, gah dan meriah.

Harapan setiap pasangan sudah pasti mahukan hari bersejarah mereka diraikan oleh ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-taulan dengan cara paling meriah serta akan dapat memuaskan hati semua pihak walaupun kadangkala pasangan tersebut tidaklah berkemampuan ketika berbelanja.

Pasangan pengantin baru yang satu ini memecahkan tradisi dan trend terkini itu dengan cara berbeza ketika meraikan detik terindah dalam kehidupan mereka.

@bingkaiphotos/Twitter

Menerusi perkongsian di Twitter @bingkaiphotos, tular beberapa gambar perkahwinan yang dimuat naik menunjukkan majlis pernikahan pasangan pengantin baru yang sangat ringkas serta merendah diri tetapi nampak begitu indah dan mewah.

@bingkaiphotos/Twitter

Detik kehadiran bakal pengantin perempuan ketika menaiki kereta legenda Perodua Kelisa berjaya dirakam jurugambar dengan detik yang cukup indah dan elegan.

Gaya dengan nilai kesederhanaan tetapi tampak penuh kebijaksanaan.

@bingkaiphotos/Twitter

Kegembiraan wajah bakal pengantin yang akan melangkah ke alam baru kehidupan berumah tangga dapat dirasai oleh semua walaupun dengan gaya bersahaja dan sederhana.

@bingkaiphotos/Twitter

Melihat kereta Kelisa tahan lasak yang tidak lagi dikeluarkan oleh syarikat kereta nasional negara, Perodua pasti akan menggamit memori sesiapa sahaja yang pernah menaiki dan memandunya.

@bingkaiphotos/Twitter

Majlis akad nikah diadakan di sebuah masjid di ibu negara yang dijalankan dalam suasana sederhana dihadiri kira-kira 11 orang tetamu penting terdiri daripada ahli keluarga pasangan pengantin.

@bingkaiphotos/Twitter

Detik paling penting dan bersejarah penyatuan cinta pasangan pengantin baru ini dapat dirasai semua, aura yang memenuhi segenap ruang walaupun tidak ramai tetamu yang meraikannya.

@bingkaiphotos/Twitter

Muat naik gambar pernikahan pasangan ini di laman Twitter tersebut mendapat perhatian warganet yang rata-rata memberi komen memuji serta mendapat inspirasi dan mungkin akan menggunakan konsep tema sederhana yang sama dalam majlis perkahwinan mereka kelak.

Tidak kiralah apa sahaja konsepnya, yang penting setiap pasangan yang mahu berkahwin perlu mengadakan majlis perkahwinan menurut kemampuan sendiri dan tidak membazirkan wang untuk perkara yang tidak perlu.

@bingkaiphotos/Twitter

Perkara terpenting dalam perkahwinan sebenarnya bukanlah majlis yang diraikan tetapi kehidupan selepas melangkah ke alam itu.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular