- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Kegigihan bapa ini sunting gambar supaya kelihatan ‘ganas’ buat netizen terhibur dengan sikap lucunya

Membina keluarga boleh diibaratkan seperti membina rumah. Jika kukuh asasnya, maka kukuh jugalah hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara setiap ahlinya.

Pada masa yang sama, memiliki keluarga yang bahagia merupakan satu impian bagi semua manusia. Oleh demikian, setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing dalam memastikan sesebuah keluarga berfungsi dengan baik.

Kebiasaannya, bapa dianggap sebagai ketua keluarga yang bukan sahaja harus memiliki sikap kepimpinan yang tinggi tetapi juga perlu tegas dalam mendisiplinkan anak-anak di samping menyemai perasaan cinta dan kasih dalam keluarganya.

Tanpa perlu menunjukkan ketegasan pun sudah cukup untuk membentuk keluarga yang harmoni. Seperti seorang bapa yang baru-baru ini menjadi tular di laman sosial Twitter setelah tindakannya yang mencuit hati dikongsikan oleh si anak.

@hazhaz97/Twitter [3]

Menerusi perkongsian bertarikh 20 Januari 2020 itu, pengguna Twitter yang dikenali sebagai @hazhaz97 [3] telah memuat naik beberapa gambar yang diambil menerusi aplikasi WhatsApp. Dengan kapsyen, “Apa masalah ayah aku ini”tweet berkenaan telah berjaya meraih sehingga 9,952 ulang kicau dan lebih 13,000 tanda suka.

Dalam tangkapan layar (screenshot) di WhatsApp itu, berlaku perbualan di antara keluarga ini dimana bapa @hazhaz97 [3] telah memuat naik gambarnya sedang mendaki batuan yang agak curam di kawasan sungai. Bagaimanapun, tindakan seterusnya bapa ini sungguh tidak dijangka sekali gus membuatkan netizen terhibur dengannya.

Perkongsian ini membuatkan majoriti pengguna Twitter memberikan pelbagai reaksi di mana ada antaranya yang memuji sikap lucu si bapa yang sungguh menghiburkan.

“Hahahaha kelakar sangat. Memang padu skill (kemahiran) ayah awak”

“Dia rotate (pusing) baik punya sampai terbalik bumi”

“Nama contact ayah dengan ibu unik betul”

Bulan lalu, pengarah terkenal Aziz M. Osman turut menjadi buah mulut masyarakat apabila sikap lucunya terserlah sewaktu diminta untuk mengambil gambar kad pengenalan oleh anak perempuannya.

Pada awalnya, anak gadis beliau telah meminta bapanya untuk mengambil gambar kad pengenalan di bahagian hadapan dan juga belakang bagi urusan temuduga pekerjaan.

@PuteriAisyaAziz/Twitter [6]

Bagaimanapun, permintaan si anak telah dijadikan sebagai satu lawak jenaka apabila Aziz menangkap gambar wajahnya sendiri dari hadapan dan juga di belakang. Seronoknya melihat Aziz M Osman mempermainkan anaknya sebegitu.

Terhibur pula melihat kebahagiaan dan kemesraan yang jelas terpancar di antara dua beranak ini. Ikatan kemesraan seperti inilah yang bakal menjamin keharmonian institusi kekeluargaan.

loading...