Mungkin ada orang kata menjadi suri rumahtangga satu kerja senang kerana sentiasa duduk di rumah dan tidak perlu memikirkan apa-apa sangat tentang tugas, tidak seperti bekerja di pejabat.  

Walhal, boleh jadi stres dan kemurungan dibuatnya kalau ada orang di dalam rumah yang tidak memahami dan tidak pula mahu membantu meringankan beban kerja ibu-ibu ini yang tidak pernah sudah.

Jika ada peluang masa terluang dan dapat berkumpul dengan rakan-rakan, mungkin hiburan ini akan dibuat si ibu siapalah ini, menari tarian singa tanpa kepala singanya.

Facebook

Tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan mak cik dengan kreatifnya mempersembahkan sebuah tarian singa dengan menggunakan prop sendiri terdiri daripada besen, kain alas meja dan dua penutup kuali.

Latar belakang tarian 3 orang mak cik ini kelihatan seperti di sebuah pusat komuniti yang mempunyai kemudahan gelanggang bola keranjang, balai raya serta kawasan lapang tempat jiran-jiran berkumpul dan bersosial.

Facebook

Rasanya mak cik-mak cik sedang stres memandangkan menjelang tiba Tahun Baharu Cina dan mereka akan sibuk melakukan pelbagai persiapan perayaan, maka mereka mencipta sendiri tarian singa yang sungguh kreatif dan melucukan ini sebagai hiburan.

Kedengaran dalam rakaman video tersebut, ramai yang tidak dapat menahan hilai ketawa sehingga berdekah-dekah melihat gelagat dan aksi lucu mak cik-mak cik ini.

Facebook

Seorang mak cik memainkan gendang penutup kuali di hadapan, manakala dua orang mak cik menari mengikut dendangan paluan irama itu sambil memegang besen yang menjadi ‘kepala singa’ dan alas meja sebagai ekornya.

Facebook

Siapa pun tidak dapat mengelak untuk terus ketawa melihat mak cik-mak cik yang selamba dan kelakar ini.

Hilang stres mereka dan hilang juga stres orang lain yang melihatnya.

Facebook

Tidak perlulah lagi menjemput kumpulan tarian singa meraikan Tahun Baharu Cina yang dibayar mahal itu, jemput sahaja kumpulan tari mak cik-mak cik ini.

Mahu tidak kering gusi dan keras perut dibuatnya kalau ada mak cik-mak cik ini sebagai penari kumpulan tarian singa.

Tonton video di bawah :

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular