Wabak virus korona baharu, yang turut dikenali sebagai Virus Korona Novel 2019 atau Virus Korona Wuhan, telah menjangkiti lebih 1,200 orang di China dan merebak ke sekurang-kurangnya lapan negara lain sejak pertama kali dikesan pada Disember 2019.

Virus korona adalah keluarga virus yang merangkumi penyakit-penyakit biasa dan demam seperti wabak SARS suatu ketika dahulu. Pada masa ini masih belum jelas tentang bahaya virus itu, atau betapa mudahnya virus ini tersebar.

Yunan Wang/AP Photo

Berikut adalah kemas kini wabak virus korona yang tersebar di seluruh dunia:

3:40 pagi, UTC – Malaysia Mengesahkan 3 Kes Pertama virus korona

Menteri Kesihatan Malaysia, Dzulkefly Ahmad pada 25 Januari (Sabtu) berkata ketiga-tiga mereka yang didiagnosis dengan virus itu adalah warga China, lapor Reuters. Tiga orang sekeluarga berkenaan adalah keluarga kepada seorang lelaki berusia 66 tahun dan seorang anak lelakinya yang berasal dari Wuhan dan telah didiagnosis dengan virus korona di negara Singapura.

Dzulkefly berkata bahawa tiga orang pesakit tersebut adalah wanita berusia 65 tahun, yang merupakan isteri kepada lelaki yang didiagnosis dengan virus korona di Singapura; dan dua cucunya, berusia 11 dan 2 tahun. Mereka dimasukkan ke hospital Sungai Buloh di Kuala Lumpur untuk rawatan dan berada dalam keadaan yang stabil, kata Menteri Kesihatan kepada pemberita dalam sidang akhbar.

Malaysia Airports berkata dalam kenyataan berasingan bahawa mereka telah meningkatkan usaha penyaringan penumpang dan anak kapal yang tiba dari China di lapangan terbang utama di seluruh negara.

2:00 pagi, UTC – Seorang doktor di bandar Wuhan maut kerana terkena virus korona, lapor media tempatan.

“Liang Wudong, seorang doktor di Hospital Hubei Xinhua yang berada di barisan hadapan wabak virus korona di bandar Wuhan, meninggal dunia akibat virus tersebut pada usia 62 tahun,” kata ciapan itu.

Lindsey Wasson/Reuters

1:15 pagi, UTC – Kes pertama virus korona disahkan di Australia

Kes pertama virus korona telah disahkan di Australia, Menteri Kesihatan Victoria, Jenny Mikakos, mengumumkan pada Sabtu petang waktu Australia tempatan.

Seorang warganegara China telah diasingkan di sebuah hospital di Melbourne, Victoria. Lelaki yang berusia 50-an itu telah menghabiskan masa selama dua minggu di Wuhan, dan tiba di Melbourne pada 19 Januari. Dia tidak menunjukkan gejala pada penerbangan ke Melbourne, kata Mikakos.

Mikakos berkata risiko penghantaran adalah rendah, tetapi pegawai negeri dan persekutuan akan ditempatkan di lapangan terbang Melbourne, dan talian perhubungan terus akan ditubuhkan untuk sesiapa yang mahu mendapatkan maklumat mengenai virus itu.

12:20 pagi (25 Jan), UTC – Bilangan kes meningkat kepada Hampir 1,300 kes di China dengan 5 kes masih menunggu keputusan di New South Wales, Australia.

Bilangan kes yang disahkan pesakit virus korona di China kini berjumlah 1,287, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara dalam satu kenyataan pada hari Sabtu. Jumlah kematian di China pula adalah sebanyak 41 orang.

Seorang kanak-kanak dikuarantin di lapangan terbang Antarabangsa Sydney pada malam Jumaat selepas tiba di penerbangan masuk dan mempunyai gejala seperti selesema. Kanak-kanak itu telah dinilai dan dibebaskan, Hospital Kanak-kanak Sydney di Randwick memberitahu ABC.

Tiada kes virus korona telah disahkan di New South Wales lagi.

Aly Song/Reuters

11:20 p.m. Tol UTC – Perancis Mengesahkan Kes Ketiga

Jumlah kematian di China yang disebabkan oleh virus korona telah meningkat kepada 41 selepas pihak berkuasa mengesahkan sekurang-kurangnya 15 kematian baru, iaitu peningkatan sebanyak 60 peratus daripada jumlah kematian yang diumumkan sebelum ini manakala jumlah kes virus korona yang disahkan kini melebihi 1,000 orang, kata pihak berkuasa pada Jumaat.

41 kematian terdiri daripada 39 orang di wilayah Hubei, satu di Hebei dan satu di Heilongjiang.

China meluaskan lagi pengawalan terhadap virus baru yang berpotensi membawa maut kepada 36 juta orang dengan menutup penggunaan pengangkutan di sekurang-kurangnya 13 bandar raya.

Sekurang-kurangnya lapan hospital awam di Wuhan meminta derma topeng, cermin mata, gaun dan peralatan perubatan perlindungan lain, menurut laporan.

Sementara itu, Perancis telah mengumumkan kes ketiga virus korona, dengan pihak berkuasa mengatakan bahawa ketiga-tiga mereka yang terkena virus itu telah pergi ke China. Dua daripada tiga mangsa adalah dari keluarga yang sama.

Tomohiro Ohsumi/Getty Images

9:45 p.m. UTC – Minnesota, Amerika Syarikat mengkuarantin pesakit

Dua pesakit di Minnesota telah diasingkan di rumah sementara pegawai kesihatan menunggu keputusan ujian untuk virus korona.

Kedua-dua pesakit dilaporkan pernah mengembara ke Wuhan, China.

“Mereka tidak begitu sakit sehingga memerlukan kemasukan ke hospital. Mereka mempunyai penyakit ringan,” kata Pengarah Jabatan Penyakit Berjangkit Kesihatan, Kris Ehresmann kepada pemberita pada sidang akhbar.

Minnesota adalah salah satu dari 22 negeri yang berpotensi mempunyai kes. Negeri lain yang telah dikenal pasti ialah New Jersey, Texas, dan California.

Daripada 63 pesakit yang diuji untuk virus itu, 11 telah diuji negatif, kata pegawai Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit pada hari Jumaat lepas. Kedua-dua ujian positif adalah dari seorang pesakit di Chicago dan seorang pesakit di Washington.

8 p.m. UTC – Perancis mengesahkan dua kes

Pegawai Perancis berkata dua pesakit diuji positif untuk virus korona, menandakan kes pertama yang disahkan di Eropah.

Virus yang berasal dari Wuhan, China dan kini telah menyebar ke sekurang-kurangnya lapan negara.

“Kami mempunyai dua kes,” kata Menteri Kesihatan Perancis, Agnes Buzyn kepada pemberita di Paris, Associated Press melaporkan. “Kami mungkin akan mempunyai kes-kes lain.”

Kedua-dua pesakit baru-baru ini telah mengembara ke China.

Hector Retamal/AFP via Getty Images

6:50 p.m. UTC – 4 orang dikuarantin di New York

Empat orang di New York berada di bawah pengasingan pada 24 Januari untuk diuji dengan virus korona, kata Gov. Andrew Cuomo.

Ujian untuk tiga pesakit masih di dalam proses sementara satu kes telah diuji negatif.

Pejabat Cuomo berkata risiko untuk penyakit tersebut dikesan di New York adalah rendah.

“Seperti yang kita pelajari mengenai kes pertama virus korona di Amerika Syarikat dan berpotensi di New York, saya ingin memberi jaminan kepada penduduk New York bahawa kami bersedia,” kata Cuomo dalam satu kenyataan.

Baca lebih lanjut di sini.

6 p.m. UTC – Pesakit virus di China menunjukkan simptom baharu

Pesakit di bandar Wuhan, China telah didiagnosis dengan virus korona dilaporkan menunjukkan simptom-simptom yang tidak berkaitan pernafasan seperti cirit-birit, sakit dada, dan sakit kepala – menurut laporan pada 24 Januari oleh penyelidik China yang dilaporkan oleh media tempatan.

Setakat ini, panduan rasmi mengenai gejala virus Wuhan telah terhad kepada demam dan gejala penyakit pernafasan, seperti batuk, kesukaran bernafas, atau sesak nafas.

Bagaimanapun, menurut media tempatan, laporan oleh doktor dan pakar dari Hospital Renmin dari Universiti Wuhan pada hari Jumaat menyatakan kemunculan gejala awal yang tidak berkaitan dengan sistem pernafasan.

Mereka mengatakan bahawa ramai pesakit yang menghidap virus itu tidak mempunyai demam. Oleh itu, dengan mengambil suhu penumpang di pusat pengangkutan tidak mencukupi untuk menyaring virus itu.

Menurut laporan itu, pesakit hanya boleh menimbulkan gejala yang berkaitan dengan sistem pencernaan, seperti cirit-birit, muntah, atau tidak mempunyai selera makan; atau sistem saraf, seperti sakit kepala; atau sistem kardiovaskular, seperti jantung berdebar atau rasa padat di dada.

Gejala awal yang lain termasuk konjunktivitis, kesakitan ringan pada anggota badan, atau sakit belakang.

Baca lebih lanjut di sini.

Jeff J Mitchell/Getty Images

5:30 petang,UTC – Kes baharu dikesan di Nepal, Thailand, dan Hong Kong

Seorang lelaki Nepal disahkan positif virus korona selepas melawat bandar berkenaan.

Sementara itu, jumlah kes di Thailand telah mencapai lima kes.

Hemanta Chandra Ojha, seorang pegawai di Bahagian Kawalan Epidemiologi dan Penyakit Nepal, berkata pesakit itu adalah pelajar berusia 31 tahun yang belajar di Wuhan, akhbar harian tempatan The Kathmandu Post melaporkan. Bagaimanapun, pesakit berkenaan telah pulang sejak awal bulan ini. Sebuah makmal di Hong Kong mengesahkan penyakitnya selepas menguji spesimen dari tekak dan sampel darahnya.

Pesakit itu seterusnya dimasukkan ke hospital pada 13 Januari dan dibenarkan keluar pada 17 Januari apabila kesihatannya bertambah baik. Ojha berkata mereka sedang dalam proses mencari lelaki berkenaan dan keluarganya, tetapi setakat ini masih belum menemui sebarang informasi.

Thailand mengesahkan kes kelima radang paru-paru virus korona di Bangkok pada hari Jumaat. Pesakit itu adalah pelancong dari China yang berusia 33 tahun dari Wuhan, yang terbang ke Bangkok pada hari Selasa dengan anak perempuannya berusia 7 tahun, menurut Bangkok Post.

Wanita itu kemudian pergi ke pusat kesihatan swasta, mengadu demam, batuk, dan sakit otot. Dia kini dikuarantin, dan pihak berkuasa mengatakan bahawa mereka tidak menemui tanda-tanda jangkitan lanjut.

Di Hong Kong, pihak berkuasa kesihatan mengenal pasti dua pesakit baharu, kedua-duanya berumur 62 tahun, yang keputusan ujian pendahuluan menunjukkan jangkitan virus, walaupun mereka berkata ujian lanjut diperlukan untuk mengesahkannya.

Pesakit baru-baru ini telah mengembara ke Wuhan.

Thai Airways dan Thai Air Asia, serta Malindo Air Malaysia melaporkan penangguhan penerbangan ke Wuhan di tengah wabak virus.

China Daily/via Reuters

4 petang, UTC – Kes disahkan di Chicago

Kes kedua virus korona di Amerika Syarikat telah disahkan melalui ujian, kata pegawai kesihatan pada 24 Januari.

Permastautin Chicago, seorang wanita berusia 60-an, pulang dari Wuhan, China, pada 13 Januari tetapi tidak menunjukkan simptom semasa perjalanan, pegawai kesihatan memberitahu pemberita dalam panggilan telefon.

Apabila wanita itu mengalami gejala, wanita itu menghubungi doktornya, yang bertanya tentang sejarah perjalanannya dan menghantarnya ke hospital, di mana dia telah dikuarantin.

Pesakit pertama yang disahkan di Amerika Syarikat adalah di Washington.

Baca lebih lanjut di sini.

2:30 petang, UTC – California ambil sampel dari pesakit

Sekurang-kurangnya sembilan orang sedang diuji untuk virus korona di daerah utara California, kata pegawai kesihatan.

Pegawai-pegawai dengan Jabatan Kesihatan Alameda memberitahu KRON4 bahawa tiada kes disahkan daripada kira-kira sembilan orang yang menunjukkan gejala awal virus korona.

Pesakit sama ada telah mengembara ke Wuhan, China, dalam masa 14 hari yang lalu atau bersentuhan dengan orang lain yang terdedah kepada virus.

Para pegawai kesihatan mengatakan pesakit mempunyai demam dengan suhu yang tinggi dan batuk. Sampel dari pesakit kemudiannya dihantar ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit untuk ujian.

Baca lebih lanjut di sini.

Kevin Frayer/Getty Images

12:30 pagi, UTC – Taiwan mengesahkan 2 kes baru virus korona

Pegawai kesihatan Taiwan pada petang 24 Januari mengesahkan dua kes baru virus itu, menjadikan jumlah tiga kes di pulau itu.

Seorang pelancong Cina, seorang wanita berusia 50-an, dan seorang lelaki Taiwan, juga berusia 50-an, telah dikuarantin di hospital. Kedua-duanya telah memasuki Taiwan pada 21 Januari dan berada di Wuhan, kata para pegawai.

Wanita dari China itu pergi ke hospital dengan gejala demam pada 23 Januari.

Lelaki itu mula mengalami gejala sejuk pada 20 Januari dan pergi ke hospital pada 23 Januari.

11:30 pagi, UTC – China luaskan daerah yang ditutup berikutan bilangan kematian yang meningkat kepada 26 orang

Pihak berkuasa China telah meluaskan kawasan yang ditutup dan menutup lokasi tarikan pelancong menjelang Tahun Baru Cina untuk membendung wabak virus yang telah merebak ke hampir semua wilayah di negara berkenaan. Jumlah kes yang disahkan dengan virus korona telah melepasi sebanyak 880 kes di China, dengan 26 kematian yang disahkan.

Penyakit ini, yang berasal dari pusat bandar Wuhan, telah merebak ke setiap rantau di negara China kecuali Tibet.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan penutupan perkhidmatan pengangkutan awam di 13 kota di wilayah Hubei, termasuk Wuhan. Di luar pusat penyebaran wabak, terdapat penutupan utama acara untuk meraikan Tahun Baru Cina dan tarikan pelancong, termasuk Kota Terlarang Beijing, beberapa bahagian Tembok Besar, dan Shanghai Disneyland.

Baca lebih lanjut di sini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular