Wabak baharu pneumonia novel coronavirus kian menular dengan mengorbankan 25 orang setakat ini di China dan menjangkiti lebih 830 orang termasuk beberapa negara di Korea Selatan, Jepun, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Macau, Amerika Syarikat, Singapura dan Vietnam.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengeluarkan kenyataan media bahawa kerajaan juga sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan kesiapsiagaan menghadapi potensi penularan wabak novel coronavirus yang bermula di Wuhan. Setakat ini, 3 orang telah disahkan positif dijangkiti novel coronavirus di negara jiran, Singapura.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Sebagai langkah berjaga-jaga dan pencegahan daripada dijangkiti, apa yang anda perlu tahu tentang wabak novel coronavirus?

1. Mengenali simptom jangkitan novel coronavirus.

  • Demam panas
  • Batuk
  • Sesak nafas 
  • Hidung berair
  • Kesakitan otot

Bagi mereka yang berada di kawasan yang telah terjejas dengan wabak mungkin akan terdedah kepada risiko dan kemungkinan menerima jangkitan. 

Sila lakukan pemeriksaan suhu badan setiap hari. Sekiranya mengesyaki simptom di atas telah menjangkiti anda, walaupun ia baru bermula, sila pakai topeng muka secepat mungkin dan lakukan pemeriksaan kesihatan di hospital terdekat. 

2. Segera memaklumkan kakitangan kesihatan dan kuarantin kawasan terjejas sekiranya anda mengesyaki menerima gejala coronavirus.

Sekiranya anda telah melakukan perjalanan ke China dan negara lain terjejas, kemudian mengesyaki menerima simptom seperti di atas selepas pulang, ambil inisiatif dengan memaklumkan kepada kakitangan saringan kesihatan dan kuarantin di pintu masuk lapangan terbang, pelabuhan atau stesen kereta api.

Segera memakai topeng muka bagi mengelak gejala ini menjangkiti orang lain dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera di hospital terdekat.

Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau tuala kertas ketika anda batuk atau bersin. Buang tisu atau tuala kertas ke dalam tong sampah yang terlindung dan segera membasuh tangan anda.

Apabila mendapatkan rawatan perubatan di hospital berdekatan, segera memberitahu kakitangan perubatan akan sejarah perjalanan anda, sejarah pekerjaan, dengan siapa anda berhubung dan kumpulan yang anda sertai.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

3. Kenali kawasan bawaan epidemik dan kebarangkalian wabak coronavirus boleh menjangkiti.

  • Wuhan atau kawasan yang telah dilaporkan terjejas dengan bawaan wabak.
  • Hospital.
  • Pasar umum. 
  • Tempat tumpuan awam.
  • Ruang sempit atau kuarantin.
  • Pengangkutan awam.

Sila memakai topeng muka dan cuci tangan dengan kerap untuk melindungi diri anda ketika berada di tempat ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

4. Langkah yang perlu dilakukan ketika berada di kawasan yang telah terjejas dengan wabak coronavirus.

  • Basuh tangan dengan kerap dan pakai topeng muka.
  • Jangan menggosok mata atau menyentuh hidung dan mulut sekiranya anda tidak membasuh tangan.
  • Bertindak segera sekiranya anda jatuh sakit, jangan tunggu di saat akhir.
  • Pastikan badan sentiasa hangat dengan meminum banyak air suam.
  • Makan dengan seimbang serta menjauhi makanan sejuk, daging mentah dan telur.
  • Jangan menyentuh haiwan liar dan burung.
  • Elakkan daripada bersentuhan secara langsung dengan pesakit yang disyaki dijangkiti.

5. Cara membasuh tangan.

Unsplash/Gambar Hiasan

  • Basuh tangan anda dengan sabun antiseptik secara sepenuhnya sehingga bersih sekurang-kurangnya dalam masa 20 saat.
  • Gosok tapak tangan, belakang tangan, celah-celah jari dan hujung jari dengan teliti.
  • Selepas membilas bersih semua kekotoran, lap kering dengan menggunakan tuala kertas atau tuala bersih.
  • Basuh tangan dengan kerap sebaik sahaja anda telah menyentuh kemudahan awam, menggunakan tandas awam, setelah tangan tercemar dengan pernafasan, sebelum dan selepas makan, serta setelah pulang ke rumah.

6. Jenis topeng muka yang digunakan.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

  • Hanya gunakan topeng muka jenis pembedahan yang biasa.
  • Sebelum memakai topeng, pastikan lapisan kalis air berwarna menghadap ke luar.
  • Selepas memakai topeng muka, perlahan-lahan tekan jambatan hidung supaya tepi topeng meliputi mulut dan hidung tanpa ada jurang tercemar.
  • Elakkan menyentuh permukaan topeng muka.
  • Tukar topeng muka dengan kerap setiap hari selepas anda memasuki atau keluar dari kawasan berbahaya.
  • Apabila menukar topeng muka, terus buang ke dalam tong sampah tertutup dan cuci tangan anda dengan sabun antiseptik sehingga bersih.
  • Pakai topeng muka yang baharu dan bersih setiap hari.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular