Kebelakangan ini, penularan pneumonia ataupun lebih dikenali sebagai koronavirus yang dipercayai berasal dari Wuhan, China ke beberapa kawasan luar daripada negara terbabit mula mendapat perhatian penduduk dunia.

Di China, terdapat seorang pesakit lelaki yang pada mulanya hanya mengalami batuk biasa dan juga masalah pernafasan. Keluarganya pula menganggap bahawa ia merupakan penyakit biasa dan mengambil ringan perkara itu.

HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images

Ketika pemeriksaan, doktor mendapati bahawa lelaki berkenaan mempunyai masalah pada jantung dan menyarankan agar lelaki itu dimasukkan ke hospital kerana terdapat sedikit jangkitan pada salah satu paru-parunya walaupun dia kelihatan sihat secara fizikalnya.

Dua minggu kemudian, dia disahkan meninggal dunia ekoran kegagalan organ dan jangkitan pada kedua-dua paru-parunya. Para doktor di Hospital Jinyintan, Wuhan mengesahkan bahawa punca kematian adalah disebabkan oleh pneumonia.

Kes kematian berkenaan berlaku beberapa hari sebelum pihak berkuasa kesihatan China mengenalpasti akan kemunculan virus radang paru-paru baru (2019-nCoV) atau koronavirus pada bulan Disember lalu di bandar Wuhan.

Dalam pada masa yang sama, virus itu dilaporkan telah menyerang lebih daripada 540 orang di seluruh dunia, dengan kes yang telah disahkan berlaku di Korea Selatan, Macau, Hong Kong, Taiwan, Thailand, dan Amerika Syarikat.

Kevin Frayer/Getty Images

Lebih membimbangkan lagi adalah apabila sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba nanti, di mana pada ketika itu, tradisi jutaan masyarakat China di seluruh dunia akan pulang ke kampung halaman atau bercuti di luar negara, sekaligus memudahkan penularan virus tersebut dengan pantas.

Sudah tentu kematian mangsa membawa kedukaan kepada keluarganya kerana mereka bukan sahaja kehilangan ahli keluarga bahkan 5 orang ahli keluarga yang lain turut jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital di Wuhan.

Difahamkan bahawa dua orang daripadanya mengalami jangkitan pada pari-paru namun doktor difahamkan telah meminta agar mereka pulang ke rumah memandangkan tiada kekosongan untuk pesakit ditempatkan di hospital.

HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images

Dua yang lain pula turut menunjukkan simptom yang sama seperti pneumonia. Kakak kepada si mati yang berada di Norway memberitahu The Epoch Times bahawa mulutnya ‘dikunci’ oleh pemerintah China dan tidak dibenarkan memuat naik apa-apa berkaitan dengan kematian adiknya.

“Air mata saya sudah kering”, jelasnya yang turut berkata bahawa jika kedua anak saudaranya tidak menerima rawatan dalam masa terdekat maka dia akan meminta ahli keluarganya di China untuk mengadakan protes jalanan bagi menentang pihak berkuasa.

Pakar-pakar kesihatan telah membandingkan virus Wuhan dengan SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk) dan MERS (sindrom pernafasan Timur Tengah) dan mendapati bahawa semuanya tergolong dalam keluarga virus yang dikenali sebagai koronavirus.

Sesetengah individu pula mengesyaki bahawa penyakit baru ini berasal daripada kelawar – yang membawa patogen SARS dan MERS. Namun sejauh mana koronavirus terbabit telah berubah daripada bentuk asalnya masih belum dapat diketahui.

NICOLAS ASFOURI/AFP via Getty Images

Menurut ahli biologi molekul Taiwanese Institute Academia Sinica, Michael Lai, koronavirus dikenali ekoran penyesuaiannya dan berupaya untuk berubah dengan cepat. “Virus ini mudah meniru manusia yang boleh menjadikannya lebih mudah menular”.

“Virus dalam pesakit akan terus berkembang, dan ia dengan mudah mampu tinggal di dalam masyarakat untuk masa yang lama”, jelas Lai yang menggesa pihak berkuasa China mengamati pengalaman lampau ketika SARS dahulu.

Ekoran tindakan pihak berkuasa China yang ‘menutupi’ keadaan dan situasi sebenar ketika virus SARS muncul di negara tersebut dahulu, ia kemudiannya merebak ke beberapa buah negara lain pada tahun 2002-2003 dan membunuh 800 orang dan menjangkiti 8,000 yang lain.

Ih-Jen Su selaku penyiasat perubatan di National Health Research Institutes Taiwan pula memberitahu bahawa berdasarkan perkembangan baru-baru ini, dengan berpuluh-puluh kes baru setiap hari, beliau risau penyakit itu akan tersebar lebih cepat dan teruk daripada SARS.

HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images

Di Wuhan, seorang wanita pula memberikan komen bahawa dia akan memakai topeng muka kemana sahaja dia pergi. “Saya akan mengelakkan diri daripada pergi ke tempat yang ramai orang dan elakkan keluar daripada rumah. Saya tidak tahu apa lagi yang saya boleh lakukan”.

Seorang lagi penduduk Wuhan bernama Pan pula berkata bahawa mereka tidak berani untuk mengkritik pihak kerajaan ekoran rasa takut akan diapa-apakan. “Perniagaan berasaskan kesihatan dan perubatan sangat untung sekarang. Ramai yang akan berjumpa dengan doktor”, katanya.

Dalam kekecohan penularan wabak ini, pihak berkuasa di China telah mengumumkan bahawa seluruh bandar Wuhan akan dikuarantin, manakala perkhidmatan pengangkutan awam termasuklah kereta api, lapangan terbang dan feri akan ditutup bagi mengelakkan penyebaran wabak tersebut.

Difahamkan juga bahawa jururawat dan kaki tangan di Hospital Xiehe, Wuhan tidak dibenarkan untuk berhenti kerja mahupun meninggalkan bandar berkenaan. Menurut laporan, beberapa pekerja kesihatan di sebuah hospital turut dijangkiti dengan penyakit.

Chung Sung-Jun/Getty Images

Laurie Garrett, penganalisis sains kesihatan dan bekas wartawan yang pernah memenangi Pulitzer Prize ekoran laporan penularan Ebola pada tahun 1995 berpendapat bahawa kerja intensif dalam aspek penjagaan kesihatan berupaya menyebabkan kaki tangan hospital dijangkiti virus berbahaya.

Ia mungkin berlaku apabila tubuh mereka kebanyakannya tidak ditutupi dan dilindungi secara penuh – mata dan rambut, sekaligus menyebabkan risiko dijangkiti bertambah apabila jururawat dan staf kesihatan bersentuhan dengan pesakit.  

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular