CHINA – Seorang wanita dengan nama keluarga Yan, berasal dari Wuhan yang mengalami demam dan disyaki dijangkiti pneumonia dilaporkan telah mengambil ubat ‘antipyretic’ bagi meloloskan dirinya daripada pihak berkuasa sekaligus bebas ke Perancis.

Yan dipercayai berjaya meloloskan diri daripada pemeriksaan di Perancis dan difahamkan bebas makan, minum dan berseronok di Paris dan Lyon. Menerusi laman WeChat, Yan sebelumnya telah memberitahu kenalannya bahawa dia mengalami demam, batuk dan disyaki terkena jangkitan penyakit berkenaan.

Ekoran enggan melepaskan peluang untuk bertemu dengan rakannya di Perancis, Yan dipercayai telah mengambil sejenis ubat yang membantu menurunkan suhu badan dan akhirnya menuju ke Perancis.

This image has an empty alt attribute; its file name is 240120_ubat_01.jpg

Berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik di laman sosial, Yan dilihat sedang berseronok ketika menikmati hidangan minum petang dan snek di sebuah kafe, EXKi Chaussée d’Antin yang terletak di kota Paris.

Bersama foto berkenaan, turut tertulis kapsyen “Bonjour Paris, daripada seseorang dari Wuhan yang tidak menerima apa-apa rawatan khas dan tidak menjalani apa-apa pemeriksaan ekoran suhu badan yang berjaya diturunkan. Haha!”.

Dalam kes yang berasingan pula, satu pasangan suami isteri di Taiwan difahamkan telah membawa anak lelaki mereka yang demam berjumpa dengan doktor. Doktor kemudian mengarahkan bahawa anak mereka itu dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut.

Namun tanpa disangka, pasangan berkenaan memutuskan untuk melarikan anak mereka tanpa disedari oleh doktor yang merawatnya. Namun hasil pemeriksaan mendapati bahawa anak mereka disahkan negatif dan tidak dijangkiti pneumonia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Uncategorized

Video Popular