Sebagai seorang pemandu di Malaysia, anda pasti pernah terserempak dengan kereta Perodua Myvi yang amat terkenal sebagai kereta ‘gah’ di jalan raya.

Jika anda tidak berkata ‘wow’ sudah pasti anda sedang menyumpah jika pemanduan daripada pemandu kereta itu yang mampu membahayakan pengguna jalan raya lain, seperti kereta Myvi putih ‘terbang’ ini.

Anda sedang membayangkan kereta terbang wawasan 2020 yang tidak menjadi kenyataan? Dan rupa kereta terbang itu bukanlah seperti Myvi putih yang tiba-tiba mendarat cemas di atas pembahagi lebuh raya di Johor Bahru ini.

Southern Brotherhood Empire/Facebook

Tular beberapa rakaman video di media sosial yang menunjukkan betapa netizen berasa kagum dengan apa yang boleh dilakukan oleh Perodua Myvi termasuk terbang dan mendarat di atas pembahagi jalan.

Insiden kemalangan ini dipercayai berlaku beberapa hari lalu di sebuah lebuh raya berhampiran Danga City Mall di Johor Bahru.

Southern Brotherhood Empire/Facebook

Tidak dapat dipastikan bagaimana kemalangan boleh berlaku, tetapi melihat kereta Myvi tersebut boleh tersangkut di atas pembahagi jalan, kita boleh menjangkakan pemandunya telah memandu secara melulu ataupun tiba-tiba membuat gerakan secara mendadak ketika mahu memasuki susur jalan atau persimpangan tanpa memberi isyarat terlebih dahulu.

Southern Brotherhood Empire/Facebook

Satu tindakan yang membahayakan jauh sekali untuk dibanggakan. Kelihatan pemandunya dapat keluar dengan selamat tanpa kecederaan daripada kereta Myvi tersebut yang tidaklah mengalami kerosakan teruk.

Mujur pemandunya tidak apa-apa dan itu perkara terpenting. Semoga anda pemandu Myvi dapat memandu dengan berhemah dan berhati-hati di masa hadapan.

Southern Brotherhood Empire/Facebook

Tonton video di bawah :

Southern Brotherhood Empire/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular