Bakat menulis dengan tulisan yang cantik kebiasaannya dipelopori oleh golongan wanita yang mementingkan kekemasan dan kesempurnaan.
Di sekolah, seseorang pelajar yang mempunyai tulisan tangan yang kemas seringkali mendapat pujian daripada guru sekali gus dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar lain.
Malah, guru turut menitikberatkan soal kekemasan tulisan terutamanya ketika menjawab soalan peperiksaan bagi memudahkan pemeriksa memahami tulisan tersebut lantas memberikan markah yang bagus.
Namun, seorang pengguna Twitter telah mencetuskan satu fenomena apabila dia bertindak berkongsi hasil tulisan tangannya sendiri di samping memuat naik gambarnya bagi menandakan wajah sebenar di sebalik tulisan yang cantik itu.
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai @sufieffendy_ itu telah memulakan Cabaran ‘Tulisan Tangan dan Wajah Penulis’ sekitar 17 Januari lalu dan dengan serta-merta turut disertai oleh beberapa warganet lain.
The handwriting // The face pic.twitter.com/b6SVe07oJY
— Nekogami ?? (@sufieffendy_) January 17, 2020
Melihat kepada hasil tulisan tangan @sufieffendy_, pasti ramai yang tidak menyangka tulisan sebegitu ditulis oleh seorang lelaki. Maklumlah, tulisan lelaki biasanya cakar ayam.
Namun ternyata kita semua telah tersalah dalam menilai. Masih terdapat kaum lelaki yang memiliki tulisan jauh lebih cantik dan kemas serta tersusun rapi berbanding kaum wanita.
Penularan fenomena ini membuatkan ramai pengguna Twitter lain turut berkongsi hasil tulisan tangan beserta gambar mereka sendiri yang membuatkan ramai kagum apabila melihat masih ramai yang rajin menulis dengan kemas seperti itu.
Ada yang sehingga menulis nota dengan pen pelbagai warna yang bukan sahaja menarik minat kita untuk membaca tetapi turut memudahkan proses mengingati nota berkenaan.
the handwriting / the face and the handwriting pic.twitter.com/aF6vZdC7wA
— muhammad hilmy (@bksempoi) January 21, 2020
The Handwriting /// The Face https://t.co/AP4nLAaHr5 pic.twitter.com/VpyZOWy0gb
— Sir Omar Jual Buku (@omarfaayiz) January 19, 2020
the handwriting/the face #raklu https://t.co/O2h9HRKHKw pic.twitter.com/HgYpBkWqOT
— ?????? (@kimieee7) January 19, 2020
The handwriting // The face https://t.co/glXRVOenyv pic.twitter.com/8sWkgRh6zx
— Charlotte Roselei (@zzatialiah) January 20, 2020
The handwriting // The writer https://t.co/knepoxXiXC pic.twitter.com/rA7BkcBjqm
— Helmihusaini (@helmihusaini_) January 18, 2020
Warganet turut mengambil kesempatan dengan memberikan pelbagai komen mengenai hasil tulisan tangan yang dikongsikan di laman sosial itu. Antaranya:
“Pakai font apa ini?”
“Jarang lelaki punya tulisan cantik macam ini”
“Tulisan saya sangat buruk”
Selain daripada cabaran ini, terdapat banyak lagi video dan gambar tulisan kaligrafi yang cantik turut dikongsikan di media sosial. Kadangkala, melihat perkara sebegini mampu membuatkan kita berasa tenang dan nyaman.
Lihatlah betapa mudahnya individu-individu berbakat ini mempamerkan hasil tulisan mereka yang cukup menakjubkan! Pasti ramai yang seronok melihat buku nota mereka bukan?
Maybe you're interested :
- Bangkai ikan yu paus ditemui terapung di perairan Pulau Pangkor dengan siripnya dipotong
- Pakar virologi China mendedahkan bahawa Beijing menutup berita sebenar mengenai COVID-19, terpaksa dapatkan perlindungan suaka di AS
- Wanita melahirkan bayi perempuan di atas perahu semasa banjir, namakannya ‘Siti Nur Banjiriah’