Budaya menabung adalah salah satu budaya yang bermanfaat dan boleh membawa pulangan yang menguntungkan.

Bagaimanapun, sejujurnya, untuk menabung sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan.

Tetapi nampaknya, seorang pemuda yang berkongsi pengalamannya di internet ini berjaya menabung dengan baik dan mendapati wang hasil tabungannya adalah sangat banyak dan mengejutkan orang ramai.

Siapa sangka, hanya dalam jangka masa 2 tahun sahaja, pemuda berkenaan telah berjaya menabung sebanyak 150,000 yuan (RM 88,519.90) termasuk wang syiling yang terkumpul sebanyak 98,182 yuan (RM 57,940.41). Hebat!

Tabung yang digunakan oleh pemuda itu pula tidak memerlukan sesuatu yang perlu dibeli baharu, sebaliknya pemuda berkenaan hanya menggunakan botol air mineral bersaiz besar dan memenuhkan tabungnya itu dalam tempoh masa yang dinyatakan.

“Saya berjaya mencapai sesuatu di akhir tahun ini! Saya tidak pasti selama manakah (wang ini) disimpan, mungkin selama dua tahun,” kongsi pemuda berkenaan di sebuah laman media sosial miliknya.

Memang mengagumkan apabila melihat sendiri gambar tabung yang sudah dipenuhi dengan wang tunai tersebut. Memang penuh sepenuh-penuhnya!

Berikutan saiz botol berkenaan yang sangat besar, pemuda itu memberitahu warganet bahawa dia mengambil masa selama 2 jam 30 minit untuk habis mengira semua wang yang terkumpul, itupun dengan bantuan daripada 2 orang kanak-kanak!

Menurut pemuda berkenaan, dia berjaya memenuhkan tabung berkenaan kerana dia selalu mengeluarkan wang di bank atau pejabat pos, kemudian selepas tamat waktu kerja, dia akan menyimpan baki wang yang tinggal pada hari berkenaan di dalam tabung ‘ajaib’ berkenaan.

Jadi, tidak mustahillah apabila hasil ‘tuaiannya’ begitu memberangsangkan!

Ternyata, budaya menabung sememangnya boleh memberi manfaat kepada diri sendiri. Selain boleh digunakan untuk tujuan yang dirancang, budaya menabung juga boleh membantu kita ketika berada di dalam kesusahan mahupun situasi kecemasan. Jadi, jom menabung!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular