KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang baru sahaja pulang dari China dalam tempoh dua minggu ini digesa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di mana-mana klinik dan hospital berhampiran ekoran bagi mengelakkan penularan wabak koronavirus.

Ia disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang turut sama mengingatkan orang ramai terutamanya mereka yang melancong ke luar negara dan mempunyai tanda-tanda demam dan batuk untuk turut menjalani pemeriksaan.

Pada waktu ini menurutnya, semua kemudahan kesihatan yang disediakan di seluruh negara sedang bersedia untuk memberi rawatan berikutan dengan penularan koronavirus yang bermula di Wuhan, China berkenaan.

Berdasarkan kenyataannya di laman Twitter, ‘Rakyat Malaysia yang baru balik 14 hari dari China dan pelancong yang ada tanda-tanda kurang sihat seperti demam dan batuk perlu segera ke fasiliti kesihatan KKM ataupun swasta”.

“Kesemua fasiliti kesihatan dan klinik swasta telah diarahkan untuk sentiasa berjaga-jaga dengan risiko penularan koronavirus”, tulisnya lagi. Setakat ini, kes kematian yang berpunca daripada wabak tersebut telah meningkat kepada 9 mangsa di China.

Menurut Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, Li Bin memaklumkan bahawa sehingga kini lebih kurang 400 orang mangsa dilaporkan telah dijangkiti virus tersebut.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular