BEIJING – Ketua pasukan pakar kerajaan China mengesahkan pada 20 Januari bahawa transmisi manusia ke manusia dalam penularan wabak novel coronavirus, perkembangan terbaru yang menimbulkan kemungkinan bahawa virus akan tersebar lebih cepat dan meluas.

Ketua pasukan dan pakar respiratori Zhong Nanshan berkata dua orang di Wilayah Guangdong di selatan China menerima jangkitan virus tersebut daripada ahli keluarga.

China Daily melaporkan seramai 14 orang pekerja perubatan juga telah disahkan positif menerima jangkitan virus tersebut.

Dalam kenyataan lewat malam itu, turut mengumumkan jumlah kes yang disahkan telah meningkat kepada lebih 200 orang dan pemimpin China Presiden Xi Jinping telah mengarahkan kerajaan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu dalam menangani penularan wabak itu.

Kevin Frayer/Getty Images

“Kami mengambil perhatian yang serius dengan penularan wabak baru pneumonia novel coronavirus di Wuhan dan tempat-tempat lain. Jawatankuasa parti, kerajaan dan jabatan yang berkaitan di semua peringkat perlu meletakkan keutamaan kepada kesihatan dan kehidupan rakyat terlebih dahulu,” kata Presiden Xi Jinping dalam kenyataan umum pertama mengenai krisis tersebut di rangkaian penyiar rasmi kerajaan, CCTV.

Penularan virus pneumonia sedang meningkat dan membimbangkan di negara itu pada masa perjalanan rakyat berada di tahap paling sibuk, ketika berjuta-juta kereta api dan pesawat sedang bergerak menjelang cuti Tahun Baru Cina. 

Wabak coronavirus dipercayai bermula lewat bulan Disember tahun lalu apabila satu jangkitan kes dilaporkan diterima dari sebuah pasar makanan laut dan daging segar di Wuhan, yang terletak di tengah China.

Pihak berkuasa kesihatan Wuhan pada hari Isnin berkata tambahan 136 kes telah disahkan di bandar itu, meningkatkan jumlah terkini kes kepada 198. Tiga orang daripada mangsa telah meninggal dunia.

Pihak berkuasa tempatan bandar lain juga mengumumkan kes wabak novel coronavirus untuk kali pertama.

Lima individu di Beijing dan empat belas lagi di Guangdong juga telah disahkan menerima jangkitan novel coronavirus pada petang Isnin. 

Sejumlah 7 kes yang disyaki telah ditemui di bahagian lain di China, termasuk wilayah Sichuan dan Yunnan di barat daya China dan metropolitan Shanghai.

Zhong berkata kedua-dua orang yang menerima jangkitan di Guangdong tidak pernah pergi ke Wuhan tetapi telah jatuh sakit selepas ahli keluarga mereka pulang dari bandar itu, lapor China Daily.

Wabak itu telah meletakkan negara-negara lain berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan memberi tanda amaran memandangkan berjuta-juta rakyat China akan keluar mengembara ke seluruh dunia ketika cuti Tahun Baru Cina.

YouTube/Paparan Skrin

Sekurang-kurangnya 6 negara di Asia dan tiga lapangan terbang Amerika Syarikat telah memulakan saringan kesihatan terhadap penumpang penerbangan yang datang dari wilayah tengah China. 

Berikutan beratus-ratus ahli keluarga dan orang terdekat bersentuhan dengan pesakit yang didiagnos novel coronavirus tidak jatuh sakit, Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berpendapat bahawa virus itu tidak mudah menular melalui pemindahan antara manusia.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China berkata pakar-pakar telah menilai wabak terkini itu sebagai mampu “dicegah dan dikawal.”

“Walau bagaimanapun, sumber dari wabak coronavirus terbaru ini masih tidak dapat ditemui. Kami tidak memahami sepenuhnya bagaimana virus tersebut boleh menular, dan perubahan dalam virus masih perlu dipantau dengan teliti,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan pada hari Ahad.

Jangkitan novel coronavirus boleh menyebabkan penyakit yang merebak dengan jangkitan batuk dan selesema biasa kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). 

SARS pertama kali ditemui di selatan China pada akhir tahun 2002 dan merebak ke lebih daripada 12 negara dengan membunuh hampir 800 orang. 

YouTube/Paparan Skrin

Kerajaan China ketika itu pada mulanya cuba menyembunyikan betapa seriusnya penularan wabak SARS, namun telah didedahkan oleh seorang doktor berpangkat tinggi.

“Pada hari-hari awal SARS, laporan telah ditangguh dan ditutup. Perkara sedemikian mesti tidak akan berlaku lagi di China,” lapor Global Times.

Presiden Xi Jinping telah mengarahkan dan menggesa jabatan kerajaan untuk segera mengeluarkan maklumat mengenai virus itu dan memperkukuhkan kerjasama antarabangsa.

Wabak terkini coronavirus adalah berbeza daripada yang dikenal pasti sebelum ini, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang saintis di China.

Gejala awal novel coronavirus termasuk demam selesema, batuk, sesak dada dan sesak nafas.

YouTube/Paparan Skrin

Platform media sosial Weibo yang digunakan secara meluas di China telah menghantar beberapa posting nasihat pencegahan seperti pemakaian topeng muka dan mencuci tangan. 

Penyiar rasmi China, CCTV mengesyorkan supaya rakyat kekal hangat di musim sejuk, menjalankan aktiviti fizikal, makan secara sederhana, dan mengelak daripada berada di lokasi yang sesak dengan orang ramai.

Manakala sesetengah rakyat berkata mereka telah membatalkan rancangan perjalanan percutian dengan duduk sahaja di rumah ketika cuti Tahun Baru Cina.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular