CHINA – Pihak berkuasa China mengesahkan terdapat 217 kes wabak ‘misteri’ Wuhan sehingga jam 6 petang 20 Januari. Daripada jumlah berkenaan, 198 kes dilaporkan berlaku di Wuhan manakala empat kes dicatatkan berlaku di Korea Selatan, Thailand dan Jepun.

Bermula dengan kematian seorang lelaki berusia 61 tahun dipercayai mengalami jangkitan pernafasan bawaan virus baharu yang dikatakan mirip wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) iaitu Wabak Wuhan, kini seluruh dunia sedang berdepan dengan ancaman penularan virus yang mampu meragut nyawa itu.

Para saintis China telah menyiasat penularan virus itu dan percaya bahawa patogen yang sebelum ini dinamakan sebagai ‘koronavirus tidak dikenali’ berisiko membawa masalah kesihatan seperti demam biasa hingga ke tahap yang lebih serius seperti SARS. Malah, hasil kajian para saintis di Jabatan Kesihatan Hong Kong juga mendapati terdapat 80% persamaan di antara wabak baharu ini dengan SARS.

Tomohiro Ohsumi/Getty Images

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut mengambil langkah berwaspada dengan meletakkan alat imbasan haba dan pusat kuarantin kesihatan di terminal KLIA. Bukan sahaja itu, pelbagai unit kesihatan turut ditempatkan di lapangan terbang KLIA dan pintu masuk antarabangsa yang lain bertujuan melindungi negara daripada pelbagai penyakit berjangkit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lewis pounggin (@lewis_pounggin) on

Gambar Hiasan | Instagram – lewis_pounggin

Menurut laporan yang dikeluarkan media antarabangsa, seramai 139 kes berkaitan virus korona telah dilaporkan sejak wabak itu dikesan di Wuhan pada Disember 2019. Penularan wabak turut meragut tiga mangsa di China dan dua lagi kes masing-masing di Thailand dan Jepun. Sementara itu, Korea Selatan juga dilaporkan menjadi negara ketiga mengalami kes pertama koronavirus. Pesakit wanita berusia 35 tahun itu dikhabarkan pernah menaiki penerbangan Wuhan ke Lapangan Terbang Incheon dan telah diasingkan sebaik saja tiba kerana mengalami simptom seperti demam panas, menggigil dan sakit otot.

Getty Image

“Pesakit berkenaan dikenal pasti pada peringkat kuarantin dan tiada pendedahan terhadap masyarakat. Mereka yang ada kontak dengan pesakit itu termasuk penumpang dan kru pesawat sedang disiasat,” petikan kenyataan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea Selatan (KCDC).

Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang diketahui tentang virus yang menjangkiti penduduk di wilayah Wuhan itu. Bagaimanapun menurut The Straits Times, terdapat spekulasi yang mengatakan ianya berasal dari sebuah pasar makanan laut di Wuhan meskipun terdapat pesakit yang mendakwa tidak pernah berkunjung ke pasar tersebut.

Getty Images

Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah tips-tips kesihatan yang perlu anda ikuti bagi mengurangkan risiko ancaman kepada wabak ‘misteri’ tersebut.

  • Mencuci tangan menggunakan sabun dan membilas dengan air bersih
  • Menutup hidung dan mulut ketika bersin atau batuk
  • Mengelakkan tempat sesak atau berjumpa dengan orang dijangkiti simptom demam
  • Masak daging dan telur sepenuhnya
  • Menggunakan penutup muka ketika lawatan ke ladang atau habitat haiwan liar

Maybe you're interested :

Share

Video Popular