Bosan dengan penyediaan makanan yang sama di rumah, apa kata anda mencuba resipi sup wantan yang ringkas dan dijamin halal ini.

Sup wantan sangat mudah disediakan kerana anda hanya perlu menyediakan sup dan intinya sahaja.

Ikuti resipi sup wantan yang ringkas dan lazat hasil perkongsian Wany Lifa di Facebook.

Wany Lifa/Facebook

Bahan-bahan untuk membuat inti wantan :

  • 300 gram daging ayam cincang
  • Setengah batang lobak merah (diparut)
  • 1 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun sup (dipotong halus)
  • Daun bawang (dipotong halus)
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu minyak bijan
  • 2 sudu serbuk perasa (jenama Maggi Cukup Rasa)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

Kulit wantan (boleh dibeli di pasar raya atau kedai)

Wany Lifa/Facebook

Bahan-bahan untuk membuat sup :

  • 6 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
  • 1 inci halia (diketuk dan dicincang)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Kiub ayam (jenama Maggi)
  • Garam dan gula (ikut rasa)

Bahan-bahan untuk membuat sos pencicah :

  • Sos cili Thai
  • Daun ketumbar

Wany Lifa/Facebook

Cara-cara menghasilkan wantan dan sos :

1. Campurkan semua bahan inti wantan kecuali kulit wantan.

2. Gaulkan sehingga sebati dan perap selama 10 minit.

3. Letakkan inti pada kulit wantan.

4. Kelim wantan mengikut kreativiti tangan sendiri dan pastikan isi wantan ditutup rapi.

5. Selepas semua wantan siap dibalut dengan inti, kukus dalam alat pengukus selama 10 minit. Pastikan anda meletak wantan di atas pinggan atau kain pengukus supaya ia tidak melekat.

6. Apabila wantan sudah siap, keluarkan dari pengukus dan ketepikan.

7. Gaul sebati sos cili Thai dan daun ketumbar untuk membuat sos pencicah wantan di dalam mangkuk.

Wany Lifa/Facebook

Cara-cara menyediakan sup untuk wantan :

1. Tumiskan bawang putih dan halia sampai naik bau.

2. Masukkan satu mangkuk air di dalam periuk.

3. Masukkan minyak bijan, lada sulah, kiub ayam Maggi, garam dan gula secukupnya.

4. Biarkan sup mendidih.

5. Kemudian, masukkan wantan yang sudah siap dikukus ke dalam periuk. Biarkan reneh selama 2 hingga 3 minit.

6. Seterusnya, taburkan daun bawang.

7. Sup wantan sudah siap!

Wany Lifa/Facebook

Dan ini hasil sup wantan yang dibuat sendiri di rumah. Sup wantan yang lazat dengan bahan-bahan dalam kos tidak sampai RM10.00.

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular