CHINA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun difahamkan terkena kejutan elektrik setelah memasukkan sebatang paku kira-kira berukuran 2 inci ke dalam lubang soket elektrik.

Menurut laporan media tempatan, kejadian berkenaan berlaku di Yingkou, wilayah Liaoning, di mana budak terbabit pada ketika itu berada di bawah jagaan ibunya sebelum memasukkan paku ke dalam lubang soket elektrik.

Mangsa kemudian dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan dan difahamkan mengalami kecederaan yang serius – kedua tangannya terpaksa dipotong manakala mukanya bertukar kehitaman.

Walaupun kanak-kanak itu terselamat namun dia berhadapan dengan kecacatan kekal pada bahagian muka sementara tangannya terpaksa dipotong ekoran kecederaan serius yang dialaminya.

Ibu mangsa difahamkan berasa sangat bersalah dan tidak berhenti-henti menangis sambil meminta maaf dan mengakui kesilapannya yang gagal menumpukan sepenuh perhatian ketika menjaga anaknya.

Menurut ibunya, suaminya telah meninggal dunia ketika usia kandungannya 4 bulan dan dia ternyata tidak menyangka bahawa anaknya itu kini sekali lagi menderita di usia 2 tahun.

Tambahnya lagi, ketika kejadian itu berlaku, anaknya itu didapati telah terbaring tidak bergerak di atas lantai. “Saya rasa sangat bersalah. Saya patutnya berada di sisinya, menjaganya. Saya yang patut menderita, bukannya dia”, luah ibu tersebut.

Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mendapati bahawa mulut dan tangan kanak-kanak malang itu melecur tahap empat dan sangat serius. Pemotongan anggota badan diperlukan untuk menyelamatkan nyawanya. Kini mangsa berada dalam keadaan stabil.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular