Berikutan bencana kebakaran hutan besar-besaran yang berlaku di Australia selama hampir tiga bulan.
Pihak Meteorologi Australia baru-baru ini mengumumkan bahawa ramalan kaji cuaca menunjukkan bahawa hujan lebat bakal turun di kawasan kebakaran hutan yang terlibat.
Sebelum ini, hujan lebat dilaporkan berjaya membantu memadamkan api yang marak di hutan New South Wales pada pagi khamis yang lalu.
Menurut pihak Meteorologi Australia, ramalan hujan lebat yang akan berlaku antara Khamis dan Ahad ini adalah kira-kira 80mm hujan di bahagian utara New South Wales.
The hit & miss nature of #thunderstorms means it’s difficult to forecast exactly where the heaviest rain will be—some parts of #bushfire & #drought affected eastern Australia could see 50–100 mm over the next few days; while others may see very little https://t.co/T7MYuIdxkO pic.twitter.com/zgmiBmqcIG
— Bureau of Meteorology, Australia (@BOM_au) January 15, 2020
Bagaimanapun, ramalan hujan lebat ini juga dalam masa yang sama telah meningkatkan kebimbangan kerana wujudnya risiko bencana lain yang berpotensi untuk berlaku, misalnya, bencana banjir kilat dan tanah runtuh.
Hal ini kerana kebakaran hutan telah menghapuskan berjuta-juta pokok di dalam hutan yang tidak lagi dapat membantu untuk mencengkam tanah dengan baik seperti sebelumnya.
Berikutan itu, risiko bagi air hujan lebat untuk menggerakkan struktur tanah serta risiko untuk air hujan tidak menyerap di dalam tanah dengan baik boleh menyebabkan bencana banjir kilat dan tanah runtuh berlaku.
“Hujan lebat dan ribut petir membuka risiko untuk banjir kilat, terutamanya di kawasan terbakar seperti New South Wales dan Victoria yang kini terdedah dengan tanah runtuh dan pokok-pokok yang tumbang,” kata Pakar meteorologi, Sarah Scully.
Sehingga 16 Januari, sejumlah 28 orang dilaporkan maut dalam kebakaran hutan ini dan lebih dari 2,500 buah kediaman telah musnah.
Maybe you're interested :