Bukan mudah menjadi seorang ibu terutama buat mereka yang mempunyai anak kecil. Cabaran yang digalas pastinya lebih mencabar apabila anak kecil harus diperhatikan setiap masa. Jika salah langkah keselamatan mereka mungkin boleh menjadi taruhan. Jadi, sebagai ibu bapa kita hendaklah memastikan anak-anak berada di persekitaran yang selamat. Jauhkan segala barang berbahaya daripada mereka kerana anak kecil masih tidak boleh membezakan barang-barang yang boleh mendatangkan bahaya.
Sebuah kisah yang dikongsikan ini diharap dapat memberi pengajaran buat semua terutama mereka yang memiliki anak kecil.
Apa yang berlaku ialah seorang ibu, Hope Summers dari Queensland terkejut apabila dia mendapati anak kecilnya yang baru berusia dua tahun, Saphira telah termakan bateri butang yang dianggapnya gula-gula. Kejadian tersebut disedari apabila dia masuk ke dalam bilik anaknya pada suatu malam dan melihat ada bungkusan bateri di atas katil. Anaknya terus memanggilnya dan menunjukkan mulutnya.
Ibu yang berusia 26 tahun itu kemudian terus menghubungi ambulans. Menurutnya lagi, anak kecilnya tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia telah termakan bateri butang tersebut. Mereka kemudian dikejarkan ke Hospital Toowoomba tetapi ketika mereka tiba Saphira mula merasakan kesakitan dan terus menjerit-jerit. Mereka kemudian terus diterbangkan pula ke hospital kanak-kanak di Brisbane supaya Saphira boleh menjalani pembedahan kecemasan endoscopy.
Melalui prosedur tersebut doktor berjaya mengeluarkan beberapa biji bateri namun terdapat bateri yang masuk ke dalam ususnya. Saphira dikeluarkan dari hospital sehari sebelum itu dan doktor membenarkannya untuk makan seperti biasa. Bateri tersebut sebenarnya boleh menyebabkan keadaannya semakin teruk namun tindakan pantas ibunya telah menyelamatkannya.
Pulang sahaja dari rumah ibunya terus membuang semua bateri di rumah. Pengarah ambulans Queensland, Tony Hucker mengatakan bahawa bateri butang adalah ‘pembunuh secara senyap’. Apabila seseorang tertelah bateri butang dan tersekat di esofagus ia boleh menyababkan perut terus menjadi pedih. Oleh itu, jika anda mempunyai apa sahaja alatan yang menggunakan bateri butang pastikan anak-anak anda tidak dapat mencapainya. Bimbang jika terlewat mendapatkan rawatan nyawa mereka mungkin akan terancam.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular