JOHOR BAHRU – Seramai 89 orang murid sekolah daripada lapan daerah di negeri berkenaan dilaporkan telah disyaki dijangkiti dengan wabak Influenza namun buat masa ini, sesi persekolahan masih lagi berjalan seperti biasa.

Ia didedahkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Azman Adnan, di mana menurutnya lagi, proses pembersihan kelas perlu dijalankan dengan menggunakan cecair pencuci antiseptik.

Tambahnya lagi, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP), semua kes tersebut tidak melibatkan penutupan kelas ataupun sekolah. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah jika melibatkan penutupan kelas atau sekolah.

Menurut data yang diperolehi setakat ini, daerah Pasir Gudang mencatatkan jumlah murid yang dijangkiti paling ramai iaitu 32 orang, diikuti 24 orang di Johor Bahru, 15 orang murid di Kulai, 6 orang di Tangkak, 5 orang di Muar dan masing-masing seorang di Batu Pahat dan Pontian.

“Data ini diperolehi daripada sekolah melalui ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat kesihatan kerajaan dan swasta bagi mendapatkan rawatan selanjutnya”, jelas Azman.

“Pihak JPN akan sentiasa berhubung dengan Pejabat Kesihatan untuk mendapatkan maklumat atau tindakan lanjut selain memastikan pihak sekolah mempunyai penyaring suhu badan untuk murid bagi mengesan mereka yang mengalami demam”, akhirinya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular