Semenjak kebelakangan ini, wabak Influenza mula melanda negara kita, di mana saban hari ada sahaja kes melibatkan wabak itu disiarkan di dada-dada akhbar.

Ringkasnya, penyakit itu berpunca daripada virus yang menjangkiti saluran pernafasan dan ia boleh mengancam nyawa.

Berikutan dengan kebimbangan wabak tersebut yang kian menular itu, seorang pengguna Facebook memutuskan untuk berkongsi satu informasi berguna kepada orang ramai. Wanita itu, Norashikin Nordin disarankan oleh doktor untuk membeli penyembur antiseptik.

Norashikin Nordin/Facebook

Menurut wanita itu, doktor tersebut menyarankan agar penyembur berkenaan disembur di sekitar rumah seperti di ruang tamu, bilik tidur, tilam, tandas, pada mainan anak-anak, kawasan tong sampah, langsir dan lain-lain. Bukan pada tubuh anak ya!

Untuk pengetahuan anda, semburan antiseptik berkenaan boleh didapati di kedai-kedai farmasi dan beberapa pasaraya seperti Tesco dan NSK dengan harga sekitar RM18-25. Norashikin yang membelinya di Watson juga memberitahu bahawa ia sering kali diletakkan di bahagian semburan ubat nyamuk.

Norashikin Nordin/Facebook

Sebelum menyembur produk terbabit, pastikan kesemua tingkap dan pintu di rumah ditutup terlebih dahulu. Kemudian barulah sembur produk berkenaan di kawasan yang diberitahu tadi.

Selain itu, banyakkan meminum air – secawan air untuk setiap satu jam. Di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memastikan anak-anak terutamanya yang masih kecil untuk minum air. Untuk lebih senang, gunakan picagari cecair. Pastikan tekak tidak kering.

Sementara itu, ibu bapa juga perlu memastikan agar lampin anak masing-masing ditukar dengan kerap (doktor mengesyorkan sebanyak 5 kali sehari), selain memastikan anak-anak kerap kencing. Ini menandakan bahawa tubuh anak dibekalkan dengan air yang cukup dan pundi kencing berfungsi dengan baik.

Apa yang penting, segera bawa anak-anak ke hospital sekiranya mendapati bahawa mereka mula menunjukkan tanda-tanda seperti demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit badan, sukar bernafas dan cirit birit.

Wanita itu juga sempat memesan agar ibu bapa tidak menghantar dan merehatkan anak masing-masing jika mereka tidak sihat bagi mengelakkan ia dijangkiti pada kanak-kanak yang lain di sekolah. Tunggu sehingga anak sembuh kemudian dapatkan vaksin influenza di hospital. Utamakan kesihatan dahulu ya?

Maybe you're interested :

Share

Video Popular