SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) yang dijangkiti wabak Influenza A disahkan telah meninggal dunia pada 13 Januari selepas mengalami demam sejak Jumaat yang lalu.

Menurut ibunya, Nek Mudzlifah Abdul Kahar, dia menyangkakan pada mulanya bahawa anaknya Faiz Fauzan Pauzul Kamil yang berusia 12 tahun berkenaan hanya mengalami demam biasa.

“Awalnya saya bawa (anaknya) ke klinik selepas dia demam sejak malam (Jumaat) tapi doktor maklumkan dia hanya mengalami demam biasa dengan suhu badan 38ᵒC. kemudian kami bawanya ke hospital swasta pada malam Sabtu selepas dia mengalami sawan”.

Wanita itu kemudian menjelaskan bahawa pada ketika itulah doktor di hospital berkenaan memaklumkan padanya bahawa Faiz telah dijangkiti dengan wabak Influenza A selepas pemeriksaan lanjut dijalankan ke atasnya.

Tambahnya lagi, dia dan suami telah pun mengambil langkah awal sebelum itu namun kedua-duanya reda dengan ketentuan takdir. “Saya tidak pasti bagaimana dia terkena jangkitan cuma sebelum ini suami ada alami demam”.

“Tapi suami sihat seperti sedia kala setelah mengambil ubat. Jangkitan itu mungkin juga terkena di luar”, katanya lagi. Pesan saya jika anak-anak demam, lakukan pemeriksaan lanjut. Pihak klinik boleh ambil inisiatif syorkan kepada pesakit untuk buat ujian darah”, akhirinya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular