SEMENYIH: Sepasukan bomba dipanggil semata-mata untuk menangkap seekor katak yang disangka seekor ular.

Komander Operasi Pasukan Bomba Semenyih, Zairul Azmi Ramli berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penemuan seekor ular di dalam tandas sebuah rumah di Taman Semenyih Impian, 13 Januari lalu.

Facebook | Pok Cik

Namun ular yang ditemui pasukan bomba tersebut bukanlah daripada keluarga reptilia sebaliknya seekor anak katak.

“Ketika tiba di lokasi dan memeriksa paip selepas pemanggil mengadu terdapat seekor ular di dalam patang paip di tandas berkenaan.

“Namun selepas pemeriksaan dibuat dan mendapati terdapat seekor katak dan bukannya seekor ular seperti yang dilaporkan pemanggil,”katanya yang dipetik dari Facebook.

Facebook | Pok Cik

Perkongsian mengenai penemuan anak katak itu dimuat naik di Facebook oleh seorang pengguna sebelum tag kepada Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih.

Facebook | Pok Cik

Katanya, anggota yang bertugas kemudian mengeluarkan dan menangkap katak berkenaan dengan menggunakan peralatan khas sebelum melepaskannya di kawasan selamat.

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular