Saat hamil adalah saat yang penuh dengan risiko buat bayi mahupun buat ibu. Kesihatan bakal ibu boleh terjejas jika tidak dijaga dengan betul malah setiap langkah mereka adakalanya lebih berisiko dan bahaya. Mereka juga mungkin berhadapan dengan komplikasi ketika melahirkan bayi sehingga ada yang dinasihatkan oleh doktor untuk bersalin secara pembedahan. Berikut adalah 13 perkara penting perlu diketahui oleh para ibu sebelum mereka behdapan dengan pembedahan c-section:

1. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Pixabay

Adalah impian setiap wanita untuk bersalin secara normal. Namun begitu, ada sahaja masalah lain yang berlaku ketika proses bersalin sehingga para ibu perlu untuk mendapatkan pembedahan. Hal ini mungkin kerana kedudukan janin yang tidak betul, ruang pelvis ibu yang sempit atau mungkin berlaku masalah lain yang boleh membahayakan nyawa ibu atau bayi. Jadi, pembedahan c-section perlu diakukan segera untuk menyelamatkan nyawa kedua-duanya.
2. Ia adalah sebuah pembedahan yang serius.
Perlu diketahui bahawa pembedahan ini adalah pembedahan yang berisiko dan ibu yang menjalani c-section perlu dibius terlebih dahulu. Bakal ibu akan berhadapan dengan luka yang agak dalam. Tidak hanya itu sahaja, jahitan pada kulit juga mungkin akan meninggalkan kesan. Pengalaman tersebut emmang mengerikan namun semua itu tidak terasa kerana apa yang penting bagi mereka adalah anak kecil mereka dilahirkan dalam keadaan selamat dan sihat.
3. Bakal ibu akan memerlukan kateter.
 
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa jika anda menjalani c-section anda akan memerlukan kateter. Kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing tetapi jangan risau dahulu bahawa keteter digunakan untuk mengosongkan pundi kencing. Jika pundi kecing penuh ia akan memberi tekanan pada rahim dan perkara tersebut tidak baik ketika proses melahirkan bayi serta dapat mengurangkan luka semasa pembedahan.

4. Pasangan anda boleh bersama anda semasa pembedahan.

PexelsPasangan anda boleh ada bersama anda sama ada anda bersalin secara normal mahupun secara pembedahan c-section. Ibu yang mahu bersalin memerlukan sokongan. Selain itu, buat suami yang menemani isteri mereka, ini adalah peluang untuk anda mendekati bayi anda sejak lahir lagi. Para suami juga boleh membantu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul semasa isteri mereka bersalin.

5. Anda mungkin akan mendapat jangkitan.
 
Antara risiko yang boleh dihadap oleh mereka yang menjalani pembedahan c-section ialah risiko untuk mendapatkan jangkitan postpartum dan seramai 15% wanita yang menjalani c-section mendapat jangkitan ini. Selain itu, wanita obesiti dikatakan lebih berisiko untuk mendapatkan jangkitan ini. Oleh itu, doktor sering memberi antibiotik kepada pesakit untuk mengurangkan risiko jangkitan. Antibiotik sangat membantu dan sangat baik jika diambil sebelum menjalani pembedahan.
6. Anda mungkin memerlukan ubat tahan sakit.

UnsplashTiada proses bersalin yang tidak sakit. Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan mereka akan lebih merasa sakit selepas bersalin. Sakit badan dan sakit belakang mungkin akan berterusan selama beberapa bulan selepas pembedahan. Oleh itu, adalah penting untuk para ibu mengambil ubat tahan sakit tetapi jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Selain itu, anda juga perlu memastikan bahawa ubat tahan sakit yang diambil tidak membahayakan bayi kecil anda yang sedang menyusu.

7. Anda perlu lebih berhati-hati selepas pembedahan.

Unsplash  Memandangkan wanita yang menjalani pembedahan mengalami kesakitan dan luka yang lebih mendalam jadi mereka perlu lebih berhati-hati semasa mahu bergerak atau berjalan. Anda perlu lebih berhat-hati terutama semasa minggu awal-awal anda menjalani pembedahan. Pergerakan yang aktif akan boleh membuatkan anda kesakitan dan mungkin boleh juga membuatkan anda mengalami kekejangan. Pastikan anda tidak mengangkat apa-apa yang lebih berat daripada bayi anda. Jika tidak hal ini akan mengganggu proses penyembuhan jahitan.

8. Anda perlu menjaga jahitan anda.
Bukan mudah untuk menjaga jahitan selepas bersalin. Luka akibat pembedahan agak dalam dan ia berisiko berhadapan dengan jangkitan. Jadi, untuk memastikan luka dan jahitan anda sembuh dengan baik maka anda perlu menjaga diri dengan baik. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah dengan menukar tampalan pada jahitan anda sekurang-kurangnya sekali sehari. Jangan biarkan tampalan itu kotor atau basah.
Anda juga perlu bertanya kepada doktor bila anda boleh membuka terus tampalan tersebut. Selain itu, pastikan juga anda membersihkan kawasan jahitan dengan sabun dan kemudian keringkan dengan tuala bersih. Untuk seluar pula pastikan anda memakai seluar atau seluar dalam yang lebih rendah atau lebih tinggi daripada jahitan anda. Jangan biarkan jahitan anda ‘terganggu’ dengan seluar yang anda pakai.

9. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk menyusu.
Antara perkra lain yang perlu anda tahu ialah proses menyusu bayi anda juga boleh terganggu. Bagi yang menjalani pembedahan ketika bersalin susu anda mungkin lebih lambat untuk keluar dan gangguan ini mungkin akan berlarutan selama beberapa hari. Jadi, jika anda boleh mengeluarkan susu terus berikannya kepada bayi kecil anda. Anda juga mungkin berhadapan dengan sedikit kesukaran dan ketidakselesaan ketika menyusu kerana rasa sakit yang dialami akibat pembedahan. Ubat-ubatan yang anda ambil juga akan memberi kesan kepada kandungan yang ada di dalam susu anda dan bayi kecil anda juga akan menerima kesannya. Bayi anda mungkin akan berasa ngantuk yang akhirnya akan menyukarkan proses pemakanan mereka.
 
10. Bayi anda mungkin mempunyai sistem imun yang lemah.

PixabayKanak-kanak yang dilahirkan secara pembedahan dikatakan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan penyakit kencing manis dan asma. Mereka mempunyai intestinal microflora yang berbeza. Ini bermakna bahawa mereka lebih cenderung untuk mengalami gangguan metabolik. Mereka juga mungkin memerlukan bantuan untuk bernafas kerana mereka mungkin mengalami masalah pernafasan.

11. Proses bersalin seterusnya selepas anda bersalin secara pembedahan. 

 
Untuk melahirkan anak seterusnya anda mungkin berpeluang untuk bersalin secara normal jika sebelum itu anda bersalin secara pembedahan. Namun, pastinya setiap kelahiran akan hadir dengan risiko yang tersendiri. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sama ada anda berkemampuan untuk bersalin secara normal atau sebaliknya.
 
12. Anda mungkin mengalami kemurungan selepas bersalin.

PexelsSelepas menjalani pembedahan c-section para ibu mungkin akan berhadapan dengan postpartum depression atau meroyan sehingga 15% lebih tinggi.  Ini semua memberi kesan kepada bagaimana ibu menjaga bayi serta kesan kepada hubungan mereka dengan keluarga dan orang di sekeliling mereka. Keadaan ini juga boleh memberi kesan negatif kepada hubungan mereka dengan pasangan mereka. Apa yang lebih teruk jika keadaan berlarutan mereka boleh berhadapan dengan kondisi yang lebih berbahaya dan boleh memberi kesan jangka panjang kepada ibu.

13. Anda tidak perlu malu tentang cara anda melahirkan bayi anda.
 
Mungkin ada yang menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu bersalin secara normal. Hentikan semua itu! Jangan pernah malu atau menyalahkan diri jika anda bersalin secara pembedahan. Apa yang penting anak kecil anda berjaya dilahirkan dengan selamat dan sihat. Anda perlu bangga dengan diri anda kerana anda berjaya melakukannya dan kini anda telah bergelar seorang ibu!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular