PETALING JAYA: Orang ramai yang mempunyai saman trafik tertunggak ditawarkan diskaun sebanyak 50 peratus sempena Hari Bersama Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 14 dan 15 Januari ini.

Ketua Polis Daerah PJ, Mohd Zani berkata, kaunter tawaran akan dibuka di IPD Petaling Jaya di sini selama dua hari itu bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang.

Polis Daerah Petaling Jaya/Facebook

“Orang ramai digalakkan menggunakan peluang yang ada bagi menjelaskan saman tertunggak.

“Bagaimanapun, tawaran diskaun itu tidak melibatkan saman Kemalangan, Saman Status NC, Saman Waran Tahun Semasa, Saman dalam perbicaraan, Saman berkaitan Lori dan Saman Ops Selamat,” katanya yang dipetik Xingzhou Daily.

Mohd. Zani meminta orang ramai supaya tidak melepaskan peluang mendapatkan pengurangan saman daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari berkenaan.

“Sebelum hadir ke kaunter, pengunjung dinasihatkan untuk menyemak dan mencetak terlebih dahulu saman yang hendak dibayar di balai polis trafik berhampiran bagi memudahkan urusan,” katanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular