Tidak dapat dinafikan lagi bahawa anjing sememangnya merupakan haiwan yang pintar, di samping berasa sangat selesa apabila mendampingi manusia, khasnya tuan mereka.

Anjing amat sesuai dijadikan peneman setia buat manusia dan akan sentiasa ada bersama kita tidak kira susah mahupun senang.

Namun sejauh mana manusia sanggup ada bersama mereka saat mereka benar-benar memerlukan kita? Satu rakaman video yang tular di Facebook baru-baru ini menerusi akaun Persatuan Haiwan Malaysia benar-benar meruntun hati individu yang menyaksikannya.

Persatuan Haiwan Malaysia/Facebook

Ia sungguh menyedihkan apabila terdapat sebuah kereta bewarna putih yang dipandu oleh seorang wanita tergamak mengeluarkan seekor anjing yang kudung kedua tangan daripada keretanya di tepi sebuah jalan.

Pada mulanya, terdapat dua ekor anjing – seekor bewarna hitam dan seekor lagi bewarna putih, yang keluar daripada kereta itu sebelum wanita berkenaan mengarahkan anjing bewarna hitam yang sempurna fizikalnya itu masuk semula ke dalam kereta.

Persatuan Haiwan Malaysia/Facebook

Rasa keliru, anjing cacat bewarna putih itu langsung tidak diarahkan untuk masuk seperti anjing hitam tersebut. Sebaliknya, anjing malang itu ditolak apabila bertindak menghampiri wanita terbabit yang pada ketika itu sedang mahu memasuki semula ke keretanya. Setelah itu, kereta itu berlalu pergi, tinggallah anjing kudung tersebut sendiri…

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku di Sao Leopoldo, Brazil, di mana anjing tersebut sebenarnya dibela oleh satu pasangan suami isteri.

Dikatakan pasangan itu bergaduh lalu menyebabkan si isteri meninggalkan anjing itu di tepi jalan di hadapan tempat kerja suaminya.

Facebook

Kasihan sungguh anjing itu memandangkan pada hari yang sama juga, anjing berkenaan turut diabai dan ditinggalkan oleh si suami pula di kawasan Sempa, Brazil. Mujurlah seorang lelaki yang menjumpai TimTim kemudiannya membawa TimTim ke sekretariat perlindungan haiwan.

Menurut pihak berkuasa, identiti kedua pelaku yang mengabaikan TimTim telah dikenalpasti dan kes itu telah dilaporkan pada polis sivil secara dalam talian. Semoga balasan setimpal dikenakan terhadap kedua-dua pelaku terbabit!

Persatuan Haiwan Malaysia juga sempat meninggalkan pesan kepada netizen jika berhadapan dengan situasi seperti itu. Mereka yang menyaksikan kejadian seumpama itu diminta untuk mengecam muka si pelaku, nombor plat kenderaan yang digunakan atau apa-apa bukti yang boleh digunakan untuk menjejaki pelaku.

Atau seeloknya rakamkan video. Kemudian laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa memandangkan terdapat Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan penjara dan denda kepada pesalah yang didapati membuang atau mengabaikan haiwan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular