- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Cubaan menculik pelajar sekolah, bapa ini dedah anaknya hampir menjadi mangsa culik sepulangnya daripada sekolah

Perkongsian info asas peribadi di laman sosial seperti nama penuh, nombor telefon dan bandar yang menjadi tempat tinggal sudah menjadi satu kebiasaan pada zaman sekarang, bukan? Namun sedarkah anda bahawa tindakan itu sebenarnya mengundang padah?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ihsan Zainal [1] ada memuat naik satu kenyataan yang menceritakan tentang percubaan penjenayah untuk menculik anaknya. Kejadian tersebut difahamkan berlaku apabila tamat sesi persekolahan anaknya.

Ihsan Zainal/Facebook [2]

Ketika isterinya mahu menjemput anak perempuannya pulang daripada sekolah, secara tiba-tiba muncul individu berpakaian kemas tidak dikenali yang mahu menjemput anaknya. Cumanya, nama anak Ihsan disebut terbalik oleh individu tersebut yang mungkin hanya mencuba nasib.

Kebetulan isteri Ihsan ada di belakang dan turut terdengar nama anak mereka disebut. Nasib menyebelahi mereka apabila mujurlah guru kepada anaknya mengenali isterinya memandangkan wajah mereka tidak asing lagi di sekolah itu ekoran terdapat anak mereka yang turut bersekolah di situ.

Jika difikirkan secara logik, mana mungkin guru di sekolah mampu mengingati semua wajah ibu bapa pelajar, bukan? Guru sekolah terbabit kemudiannya bertindak menahan dan berkata, “Awak bukanlah ibu bapanya”.

Paling tidak disangka, individu terbabit kemudiannya menjawab. “Oh, mungkin tersalah sekolah”, dan berlalu pergi begitu sahaja. Ianya tidak logik sungguh. Mustahil untuk golongan ibu bapa boleh tersilap lokasi sekolah anak mereka sendiri.

Berasa bimbang dengan situasi ini, Ihsan kemudian membawa perkara ini kepada pengetahuan guru besar sekolah untuk tindakan lanjut diambil. Ternyata, guru besar berasa sangat terkejut selain memandang perkara ini dengan serius.

Perkongsian Ihsan ini bertujuan untuk memastikan ibu bapa agar sentiasa peka dengan kejadian sebegini yang mungkin boleh berlaku di mana-mana sahaja. Ataupun adalah lebih baik jika anda elakkan berkongsi informasi anak di laman sosial, tidak kiralah nama penuh mereka, nama sekolah mereka atau apa sahaja sekalipun.

loading...